Pages

Penulisan Popular

Tuesday, December 13, 2011

" PANJANG TANGAN " ISTERI RASULULLAH SAW

Bismillahirramanirraheem...

Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W  bahawa kebanyakan isteri-isteri Rasulullah S.A.W adalah dalam usia muda belaka, sedangkan Rasulullah telah menjangkau usia tua. Mereka mebayangkan bahawa seandainya Allah swt mewafatkan Rasulullah ketika itu, pastilah mereka akan menjadi balu dalam usia muda belaka.

Kebanyakan mereka berharap jika Allah mengizinkan maka inginlah mati bersama-sama Rasulullah, kerana jika mereka mati dahulu akan dapat segera bertemu Rasulullah semula. Lantaran itu, ada di antara mereka yang berbincang sesama sendiri siapakah yang akan pulang ke hadrat Allah seiring dengan kewafatan Rasulullah.

Pada suatu ketika, para isteri Rasulullah saw telah bertanyakan kepada Nabi, siapakah di antara mereka yang akan dimatikan Allah seiring dengan kewafatan Rasulullah saw. Rasulullah saw telah memberitahu para ummahatul mukminin itu, bahawa isteriNabi yang akan kembali ke Rahmatullah seiring dengan kewafatan Nabi ialah mereka yang " tangan panjang" yang akan cepat jumpa Rasulullah.

Sebaik sahaja mereka mendengar jawapan Rasulullah saw itu, mereka pun berpakat dan bergilir-gilir untuk mengukur tangan-tangan mereka, siapakah di antara mereka yang panjang tangan. Lalu, mereka dapati bahawa Siti Sa'odah yang tangannya lebih panjang dari kalangan isteri-isteri Nabi.

Tetapi selepas beberapa ketika Rasulullah saw wafat, tiba-tiba mereka dapati mereka yang segera menyusul pulang ke rahmatuLLah bukannya Satu Sa'odah, sebaliknya yang mati dahulu adalah Zainab. Dengan peristiwa itu mereka memikirkan semula apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan " tangan panjang " oleh Rasulullah saw itu.

Isteri Rasulullah saw yang bernama Zainab itu mengikut riwayat mempunyai perusahaan sendiri, Beliau seorang pengusaha kulit dan perniaga kulit-kulit binatang. Perniagaannya sangat sangat maju kerana penggunaan kulit pada ketika itu sangat meluas. Kesannya, kurang kebergantungan Zainab dengan pemberian dari suami iaitu Rasulullah saw sendiri.

Justeru, Zainab telah menggunakan sebahagian besar dari laba keuntungan perniagaannya untuk berderma dan bersedkah membantu orang-orang susah dan sebagainya. Maka terkanallah di kalangan isteri Nabi Saw yang memanjangkan tangan menghulur bantuan ialah Zainab.

Dengan demikian, maka fahamlah para ummahatul mukminin bahawa yang dimaksudkan " panjang tangan " itu bukan ukuran pada fizikal yang panjang, sebaliknya ia membawa erti tangan yang banya menderama, memanjangkan tangan membantu dan berbuat kebajikan untuk meringankan penderitaan orang lain.

Peribahasa " tangan panjang" yang diberitahu oleh Rasulullah saw itu amatlah berbeza dengan tangan panajang yang menjadi peribahasa orang melayu, kerana bagi orang Melayu memahami maksud tangan panjang itu ialah orang yang mengambil harta benmda orang lain di luar pengetahuan pemiliknya, iaitu sebagai pencuri atau penyamun.

Sumber : 
Buku mutiara 2 Tok Guru,
Tulisan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat & Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sunday, December 11, 2011

Palestin : Bukan isu lama!!

"Bosan la, sejak aku lahir sampai la aku dah besar macam ni pun, orang tak habis-habis nak anjurkan kempen untuk Plaestin. Tak de isu lain ke nak berkempen? Palestin tu isu lama dah la. Macam-macam bantuan dah dunia bagi. Kira berjaya la tu kempen utuk bantu Palestin. Banyak lagi isu yang perlu diberi perhatian sekarang ni." 

Fuhh, membulat mata AdamHawa bila dengar ada orang cakap cam gini. Ya! Memang la isu Palestin ni dah tersangat lama diperkatakan, sampai media massa pun dah malas nak siarkan berita pasal Palestin. Tapi hakikatnya, isu PALESTIN TAK PERNAH LAPUK! orang tua-tua cakap, tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan (betul ka cam gini? BM masa SPM dulu atas pagar je kan=p ). Di Palestin sana, rakyat bergadai nyawa bermati-matian nak pertahankan ALQUDS tercinta. Nak lawan kereta perisai pun mereka sanggup dengan baling batu je. tapi sedarkah kita, isu Palestin bukan isu mereka semata-mata. Perjuangan rakyat Palestin adalah isu kita bersama!

Sehingga detik ini, cuba tanya diri masing2, apakah sumbangan yang telah kita berikan untuk bantu perjuangan rakyat Palestin? AdamHawa harapkan, mereka yang selama ni dah bertungkus lumus nak bantu Palestin, akan terus istiqamah sehingga ke akhirnya. Bagi pengunjung AdamHawa yang masih belum lakukan apa2, kita masih belum terlambat. Buatlah apapun walau sekecil-kecil kebajikan, InsyaAllah ada gajarannya; di dunia mahupun akhirat. Terkilan rasanya tengok orang2 Islam langsung tak cakna dengan keadaan saudara2 kat Palestin. Lupakah kita, di Palestin sana adanya Masjid Al Aqsa? Pertahankan kiblat pertama umat Islam itu adalah kewajipan kepada seluruh umat ISLAM!

Di Palestin, para mujahidin bertarung nyawa nak kembalikan kedaulatan negara..tapi di dunia luar, orang2 Islam khususnya, terus-menerus menyokong si Yahudi laknatullah, sedar ataupun tidak, secara lagsung ataupun tak langsung... nak boikot barangan Israel pun susah nak buat kan? Cuba kira, dalam sebulan berapa ringgit/ dolar kita sumbang utuk Israel? 

Di Palestin, setiap masa rakyat bermandi peluru,bom, darah dan air mata.. tapi di dunia luar, orang2 Islam sentiasa bergelak ketawa , leka dengan dunia ciptaan musuh2, berhibur sakan sana sini, takde arah tujuan.

Saudara saudari sekalian, cuba kita fikir sejenak. Rakyat Palestin adalah orang Islam, kita jugak adalah Islam. Allah berfirman, org2 mukmin itu adalah bersaudara. Jadi, bantulah saudara2 kita setakat mana kita mampu. Ada tabung untuk Palestin, rajin-raijnlah derma:) Bila berdoa, jangan pernah lupa untuk doakan kesejahteraan Palestin sekali. Ingat! Palestin adalah isu bersama. Bukan isu lapuk, bukan juga isu yang dah basi. Selagi Palestin terus tertindas, selagi itulah perjuangan Palestin adalah perjuangan kita bersama.

Wednesday, December 7, 2011

Beringatlah Akhawat dan adik-adik sekelian.


AdamHawa sempat mengopi-paste status fb ust jamal (ydp kpkm) untuk renungan bersama.. bunyinya begini..  

Saturday, December 3, 2011

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah



Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.