Sudah hampir 82 tahun bumi tanduk emas, gersang dengan pemerintahan yang
diredhai Allah, bukan salah khalifah yang terakhir sebagai perosak ,dan bukan
pula salah sistem pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar
menyalahkan “bapa pemodenan turki” iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses
2 yang terkenal dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman Nabi
Musa A.S., bezanya… Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden. Itulah
pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan
pengkaji-pengkaji barat, sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang
penyelamat. Bahkan beliau adalah seorang bapa perosak agama di atas nama agama
itu sendiri.
Mustafa Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak
mengenengahkan idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki.
Kelahirannya yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan
masa, hari, bulan dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin
yang popular (dengan kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan
tarikh kelahiranya pada 19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar
Samsun berhampiran dengan Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini
beliau mula melancarkan gerakan Pembebasan Turki.
Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi.
Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah
diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau
adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali
Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di
dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang
bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil
lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri
dengan ideologi-ideologi sekular.
Zubeyde pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan
seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu
tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa
menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri.
Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan
didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di
sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,
maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari
gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal
tuberculosis.
Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-kedai arak dan
juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan
perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan
kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi
dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau
dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di
kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya dengan mudah
sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan
pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar
tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini
disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa
Pembangunan Turki Moden”
“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh
dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat
memberikan apa yang kamu pinta itu.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan
umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori
lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta
sultan-sultan dan khalifah-khalifah Othmaniyah. Kerana itu, saya dengan pasti
tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu”
Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan beliau adalah pemimpin
yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi.
Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin tetapi dengan keazaman dan
kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun
Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun
tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada
mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II
digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di
Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul.
Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV
sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di
atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’
yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923
dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923.
Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem
khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu
berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung, digantikan oleh sebuah Daulah
Sekular di bawah kepimpinan “Mustafa Kemal Ataturk.” (nama Kamal diberikan oleh
guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki”
pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah
Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik)
Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah, banyak pula
ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak
–ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat
Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia
yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat
dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk
“Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki
yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh
sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam
kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan
negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran
Islam.
Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah
tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti
dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Othmaniyah dan juga bukti
beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada
siri ucapannya di bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama terpisah
dengan urusan harian bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian.
Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana
mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara
moden, mendedahkan dengan katanya,
“saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang
menyeksa dan menyakitkan, biarkan mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada
dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah
(menutup kepala)!”
Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan
wakil rakyat diajar menjadi perompak-perompak terhormat dengan mengaut kekayaan
rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar ini terus
dilaksanakan sehingga ke hari ini hinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak
yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan di setiap persimpangan jalan.
Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan
tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini
dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri
sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk
mengaburi mata rakyat bahawa beliau ini memajukan Turki. Dengan dasar dan idea
ini jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti
Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama
binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama
keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga
diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan
tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid
lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti
masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin
dianggap seperti tidak bernilai. Si Firaun moden ini telah mengubah kalimah
azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan
sembahyang Jumaat diterjemahkan di dalam bahasa Turki. Sebarang bentuk tulisan
yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di
dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’s Republic
of Culture”. Beliau telah menarik keluar asas penerapan Islam dari setiap
institusi Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran diterjemahkan
ke dalam bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on the
institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be
translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan
pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.
Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki,
Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari menari, pergaulan bebas,
panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi,
zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan
mengubah hukum aurat wanita di dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang ini,
ia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber kemaksiatan.
Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya
sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The
movement of the through the centuries always maintained a straight course. We
have always marched the East to West.”
Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau
ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan
mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti
dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh
Ataturk jelas sama sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul
kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat
hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid
yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat
Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh
pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran.
Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul
adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota Republik!”
Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini
menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang
dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi
mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Ataturk, terutamanya pihak
barat. Manakala orang-orang Timur pula tidak menganggap Turki sebagai
sebahagian daripada mereka selepas Ataturk membanggakan dirinya dengan
menyebut, “… We have always marched the east to west.”
Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio ekonomi yang
amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki
termasuk di dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar
di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber
kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus
memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27
Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan
kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada
TL350,000.
Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Ataturk, hingga kini
tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi
tanda murka Yang Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki
untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih
leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak kiamat bahkan, dibalas oleh
Allah di atas dunia milikNya ini.
Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda
: “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku.
Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam
tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja
menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat)
mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam
ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam
kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang
zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku
melindungimu daripada kekejaman mereka.”
Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan
Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih
zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10
November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat
sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang
Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan
Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor
nyamuk untuk membunuh Namrud.
IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI
- Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
- Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
- Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
- Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
- Menggalakkan minum arak secara terbuka.
- Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
- Menukar azan ke dalam bahasa Turki.
- Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
- Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
- Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
- Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
- Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
- Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
- Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
- Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
- Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
- Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
- Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
- Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
- Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan
dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab
'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan
yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG
MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah
datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak
dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah
berikan di dunia.
Antaranya ialah:
- Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
- Sakit jantung
- Penyakit darah tinggi
- Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.
Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan
selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah
tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila
mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan
bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan
sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau
tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15
tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi
tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam
dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu
marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama
sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa "Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Allahu Akhbar...
ReplyDeleteblasan dari Tuhan...
Itulah...............! Jahat sangat......! Elok-elok pemerintahan Islam Turki hebat, dah dia kotorkan dan musnahkan. Padan muka KAMAL ATARTUK,
ReplyDeletebiar dia kena seksa.