Pages

Penulisan Popular

Wednesday, March 30, 2011

Kembali semula ...........

Kuliah sudah bermula setelah sebulan bercuti.Kembali dari Malaysia,tercipta azam baru untuk mengatur langkah terus menuju kejayaan.Yang pasti,bukan kecemerlangan dunia sahaja yang perlu dikecapi,kesejahteraan di akhirat juga perlu dimiliki.
“Thawrah 25 Jan” menjadi mercu tanda kebangkitan rakyat Mesir menngulingkan pemerintahan kejam Hosni Mubarak selama berpuluh tahun.Peristiwa ini ibarat “”infectious disease” apabila penularannya ke sebahagian pelusuk wilayah Arab. Proses evakuasi rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan di Negara-negara yang bergolak tersebut.


 Medan Tahrir mnjadi saksi kisah kebangkitan rakyat Mesir mnentang Presiden mereka..
 
Adakah mungkin kita juga bangkit untuk mencipta Revolusi “Mumtaz” dalam peperiksaan yang mendatang pada sesi pengajian 2010/2011? Jika revolusi Mesir mampu menghimpunkan jutaan rakyatnya untuk menumbangkan rejim Hosni Mubarak, semoga revolusi “Mumtaz” dapat melahirkan ratusan pelajar-pelajar Mumtaz dalam peperiksaan mendatang dan sekaligus menyahut seruan “Menjadikan Akademik sebagai Identiti PCZ”.
Tidak salah jika mahu bermimpi perkara itu.Jika ada kesungguhan,sudah pasti ada cara untuk mencapainya. Tiada apa yang mustahil untuk mencapai kejayaan jika kita berusaha.Hilangkan "putus asa" dalam kamus hidup kita.Sesungguhnya,Allah juga tidak suka hambaNya yang lemah. Dalam Islam,kita juga diajar untuk berusaha sebelum bertawakal. Mulakan langkah dari sekarang. Masih tidak terlambat lagi. 


 "Setiap hari adalah kejayaan ataupun kegagalan, dan jika setiap hari adalah kejayaan, anda tidak akan gagal untuk berjaya".


 Buat pengunjung Adam Hawa,Selamat Berkuliah(walaupun dah bermula 2 minggu lalu ) dan teruskan memburu “Mumtaz” dunia mahupun akhirat.

No comments:

Post a Comment