Pages

Penulisan Popular

Friday, January 7, 2011

December 2010


Bulan December 2010,menyaksikan pilihanraya bagi penukaran tampuk pimpinan budak2 sains kesihatan di Zagazig.Hanya 1 kerusi sahaja yang dipertandingkan iaitu kerusi calon Pengerusi. Pertandingan hebat antara Dr. Mohd Syazwan Mohd Nor, Dr. Bukhari Muslim Mohd Nadzim.

“Profesional Muslim Aspirasi Kecemerlangan,KITA PCZ”, “Memperteguh Kesatuan,Merafak Keilmuan Dalam Penjanaan Modal Insan yang Kompeten” :- manifesto yang diperdagangkan oleh kedua-dua calon Pengerusi. Kedua-duanya ada kehebatan mereka & manifesto mereka kedua-duanya mengutarakan isu kesatuan penduduk-penduduk Malaysia yang belajar sains kesihatan di Zagazig.

Adat pertandingan,pasti akan ada pihak yang menang & kalah.Ditakdirkan bahawa Dr. Bukhari yang terpilih sebagai Pengerusi PCZ 2011 & Dr. Syazwan tewas dalam pemilihan tersebut.

Lalu,timbullah suara sebahagian rakyat sains kesihatan di Zagazig yang kecewa dengan keputusan pilihanraya itu. Timbullah suara2 garau seperti ini :-
• Buat habis duit je bayar yuran.nak tuntut balik duit tu boleh x??
• X nak hadiri program pcz lagi
DAN MACAM2 LAGI………

Keliru aku dengan ragam2 budak Zagzig ni.Kenapa perlu “emo” dengan menolak PCZ kerana individu pilihan hati tidak terpilih jadi ketua??

“Saidina Abu Bakar pernah berkata dalam menenangkan para sahabat yang masih tidak dapat menerima akan memangkatan baginda Rasulullah saw : sesiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah pun mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu terus hidup dan tidak sesekali akan mati.”

Wahai mahasiswa zagazig sekalian!!!
Ketika kewafatan rasul junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w yang begitu sempurna & mulia akhlaknya,sahabat2 baginda redha dengan pemergian Baginda setelah Saidina Abu Bakar melafazkan kata-kata tersebut.Sahabat2 baginda masih berjuang menegakkan Islam di muka bumi walaupun Baginda tiada.Hasilnya,dengan keizinan Allah,Islam sampai kepada kita. Kita pula bagaimana??

PCZ, persatuan yang mendokong Al-quran & As-sunnah dalam setiap tindak-tanduknya.Smart Circle,medium terbaik untuk faham Islam secara menyeluruh.Program sukannya pula,menekankan ukhuwwah,tutup aurat(tapi ada juga yang x ikut),kelas2 agama(tapi sikit je yg dtg) & lain2 lagi.Cuma anda perlu lihat dgn mata hati & fikir dgn akal yang Allah kurniakan.

Wahai kawan-kawanku!!

Firman Allah : وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya” (Ali Imran : 104) 

Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘toifah atau jamaah’. Jelas bahawa ianya bukan beerti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar sekelompok manusia. Ummah disini bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang ada pada diri seseorang.

Sabda Rasulullah : 

“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab” 

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri” 

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”

Kita hidup dalam komuniti yang sama.Maka,seorang ketua mesti dilantik. Oleh itu,anda mestilah patuh & taat dengan ketuayang dilantik.

Sabda Rasulullah : 

Dari Ibnu ‘Umar ra dari Nabi Saw, beliau Saw bersabda: “Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim]. 

Oleh itu,aku seru kawan2 aku sekalian,janganlah memberontak semata2 kerana ketua yang terlantik bukanlah pilihan kawaan-kawan.Tiada siapa yang rugi jika kawan-kawan masih mahu memberontak kerana Allah sentiasa janjikan bahawa Dia akan gantikan 1 golongan yang lebih baik untuk menegakkan agamaNya.Fikir2kanlah..

No comments:

Post a Comment