Penulisan Popular

Tuesday, April 26, 2011

Gaddafi tidak menyerah kalah


MISRATA 26 April – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terus menjalankan tugasnya seperti biasa hari ini, sehari selepas pejabatnya musnah dibom oleh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) manakala pemberontak di Misrata mendakwa mereka telah berjaya mengusir askar rejim dari bandar ini.

“Pemimpin kami bekerja seperti biasa di Tripoli, dia sangat sihat dan mengetuai perjuangan untuk keamanan dan demokrasi di Libya,” kata jurucakap rejim, Mussa Ibrahim di luar bangunan yang dibom di pekarangan kediaman rasmi Gaddafi, Bab al-Aziziya.

Gaddafi berada di tempat yang selamat dan meneruskan perjuangan untuk menyediakan perkhidmatan, makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar untuk rakyat, katanya pada sidang media dihadiri oleh beberapa duta asing.

Sebuah bilik mesyuarat menghadap pejabat Gaddafi rosak teruk dalam pengeboman yang digambarkan oleh NATO di Brussels sebagai ‘serangan tepat’ ke atas sebuah pusat komunikasi awal semalam.

Tiga orang terbunuh manakala 45 lagi cedera termasuk 15 parah dalam serangan udara itu, kata Ibrahim.

Sekurang-kurangnya lima letupan menggegarkan timur Tripoli malam tadi, kata saksi yang tidak dapat mengenal pasti lokasinya dengan tepat.

“Kami mendengar tiga letupan kuat dan melihat api dan kepulan asap dekat kawasan kami,” kata seorang penduduk di Ain Zara, timur Tripoli.

Pemberontak di Misrata, 215 kilometer ke timur Tripoli berkata, mereka telah mengusir askar Gaddafi dari bandar itu setelah dikepung selama lebih tujuh minggu.

Majoriti Rakyat Mesir Ingin Al-Quran Sebagai Pelembagaan Negara



Sebuah bancian yang dilakukan oleh sebuah lembaga yang berpusat di AS, menunjukkan majoriti rakyat Mesir percaya undang-undang di negara mereka mesti mengikut ajaran kitab suci Islam, Al-Quran.

Survei ini mencerminkan perubahan Mesir menuju ke arah 'konservatisme' agama. Hal ini juga menunjukkan rakyat Mesir terbuka untuk masuknya parti-parti berasaskan keagamaan dalam pemerintahan masa depan, walaupun hanya 31 peratus dari mereka bersimpati dengan kelompok "fundamentalis" Muslim.

Hasil bancian yang dikeluarkan Isnin lalu (25/4), datang menjelang pemungutan suara pada September depan - Pilihanraya parlimen pertama sejak pemecatan Presiden Hosni Mubarak pada bulan Februari. Parti-parti Islam diharapkan akan membuat hasil yang signifikan dalam pilihan raya itu.

Bancian berdasarkan wawancara dengan 1,000 orang Mesir, dilakukan oleh Pew Research Center antara 24 Mac hingga April 7. Margin kesalahan plus atau minus sebesar 4 peratus.(fq/ap)

Sumber: eramuslim.com

Monday, April 25, 2011

AS: Paderi bakar al-Quran dihukum penjara

Paderi Terry Jones diperiksa anggota polis semasa hadir ke Mahkamah Daerah Dearborn bagi sebutan kes berhubung penganjuran satu protes di hadapan sebuah masjid di Dearborn, Michigan, kelmarin. - REUTERS


DEARBORN, Michigan 23 April - Paderi Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan protes di Afghanistan kerana membakar al-Quran bulan lalu dipenjarakan sementara selepas enggan membayar bon AS$1 (RM3) sebagai janji tidak akan mencetuskan huru-hara.

Keputusan oleh Hakim Mahkamah Daerah Dearborn, Mark Somers terhadap Terry Jones dan rakannya Wayne Sapp itu dibuat semalam selepas juri memutuskan kedua-dua paderi itu 'mungkin akan mencetuskan huru-hara' sekiranya mereka dibenar mengadakan protes di luar sebuah masjid di sini.

Tindakan Jones membakar al-Quran bulan lalu mencetuskan protes ganas di Afghanistan. Paderi kontroversi itu kemudian mengumumkan dia akan mengadakan satu protes di sebuah pusat Islam di sini semalam, namun bantahan itu terbantut ekoran satu prosiding mahkamah.

Juri memutuskan, tindakan Jones sebelum ini merupakan bukti penting yang menyatakan protes di hadapan Pusat Islam Dearborn di sini itu hanya akan mencetuskan keganasan.

Somers kemudian mengarahkan Jones dan Sapp supaya membayar AS$1 (RM3) bagi memastikan dia tidak melanggar ketenteraman awam. Selepas paderi itu enggan berbuat demikian, dia diiringi keluar dari mahkamah oleh polis Dearborn.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas membayar jumlah yang diputuskan hakim.

Paderi tersebut telah memohon permit untuk mengadakan protes di tanah awam berhadapan masjid berkenaan.

Polis tidak meluluskan permohonan itu dan memintanya mengadakan protes tersebut di 'zon hak bebas bersuara' di hadapan sebuah bangunan lain di bandar itu. - Reuters / AP

Sumber: Utusan

Saturday, April 23, 2011

UMNO Mencari Publisiti Murahan Berstatus Sampah

Korang sume dah tahu benda ni…. minggu yang lepas ada seorang wakil dari JPMK datang ke Zagazig dengan katanya untuk menyelesaikan beberapa masalah pelajar terutama pelajar egen dengan pihak universiti. AdamHawa tidak peduli dengan semua itu, cuma apa yang AdamHawa ingin sampaikan ialah pegawai tersebut telah menipu ramai pelajar melalui laman social FaceBook milik beliau.




Maknanya selepas beliau balik ke Kaherah, dan beliau meng’upload’ gambar Majlis Kenduri Kesyukuran DPMZ & PCZ dengan menyatakan pada gambar tersebut ‘bersama kelab UMNO bersama ahli Zagazig’. 

Inilah perangai manusia suka menangguk di air yang keruh. AdamHawa tahu mereka wat perjumpaan dengan bdak2 sabah nak tubuh kelab umno di zagazig. maklumat ni pun AdamHawa dapat dari budak2 UMNO gak. pegawai tersebut malu nak letak gambar betul perjumpaan bersama kelab umno zagazig sebab sambutan tak mengalakkan dan ada sesetengah daripada mereka ‘yang terpaksa’ datang.

Nak buat prog atas nama UMNO ahli xleh nak terima. Pada hemah AdamHawa, kalau depa ni mai dengan bawak dakyah UMNO rasanya tak dak orang yang nk datang program mereka. kalau ada pun orang yang datang makan  dan pencacai-pecacai atau pun Orang Kuat Umno (OKU) saja.  
 
AdamHawa hairan betul la ada lagi manusia yg nak sokong parti sekular. rakyat mesir dan sebahagian besar dunia arab dah buat perubahan menolak parti sekular tersebut. takkan la siswa zagazig yg cerdik pandai boleh terima parti sekular ini (UMNO).. hampes betul!!!.. 

KEPADA PENCACAI UMNO SILA DENGAR TAZKIRAH DARI UST INI Sila Klik

UMNO = Hizbul Watoni…
revolusi25jan = PRU13..
Mubarak Turun = Najib bakal turun…
Ikhwan Muslimin (IM) = Parti Islam Se-Malaysia (PAS)