Pages

Penulisan Popular

Tuesday, May 3, 2011

Jenazah Osama dikebumi di Laut Arab ikut cara Islam


WASHINGTON 3 Mei - Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson selepas dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan AS semalam.

"Persediaan untuk pengebumian bermula pukul 0510 GMT EST (12.10 pagi waktu Malaysia) dan berakhir pukul 0600 GMT (1.00 pagi). Jenazah dimandikan dan diletakkan dalam kain putih serta dibungkus dalam beg pemberat.

"Pegawai tentera kemudiannya membaca bacaan agama yang diterjemahkan dalam bahasa Arab oleh penutur asli.

"Selepas selesai bacaan tersebut, jenazah diletakkan di hujung papan datar yang disediakan sebelum dilepaskan ke dalam laut,' kata pegawai terbabit. - Reuters

Sumber: utusan online

No comments:

Post a Comment