TEHRAN: Iran semalam mendakwa ia menembak jatuh beberapa pesawat perisik Barat yang menceroboh ruang udaranya.
Pesawat kawalan jauh biasanya digunakan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Namun, Tehran berkata, dua pesawat dipintas di Teluk Parsi. Ia mendakwa ‘banyak’ yang lain ditembak jatuh dalam tempoh tidak dinyatakan.
Iran terbabit dalam satu pertelingkahan dengan Amerika dan sekutunya
berhubung program nuklear. Barat percaya program itu bertujuan
membangunkan senjata nuklear.
Iran menafikan tuduhan itu dan mengatakan ia hanya mahu menjana tenaga elektrik.
Amerika dan Israel, musuh utama Iran, tidak menolak tindakan ketenteraan jika diplomasi gagal menamatkan pertikaian itu.
Ketua sayap tentera udara Pengawal Revolusi, Jeneral Amir Ali Hajizadeh (gambar), tidak memberi bukti mengenai serangan terbabit dan tidak mengatakan pesawat itu milik negara mana.
Tentera laut Amerika yang berpusat di Teluk berkata ia tidak menerima laporan pesawat ditembak “baru-baru ini.”
Hajizadeh berkata musuh, terma digunakan pihak berkuasa Iran terhadap Amerika dan sekutunya, menggunakan kawalan jauh di Iraq dan Afghanistan.
“Namun, ada kes pesawat mereka menceroh ruang udara kami,” kata komander Iran itu. – Agensi
Sumber: BHarian Online
No comments:
Post a Comment