PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan
siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan
dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.
Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad
Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan
oleh wartawan tersebut.
"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan
(berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu
kenyataan di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online
No comments:
Post a Comment