Ahmad Tayyeb, Al-Azhar's Grand Syeikh,
shaking hands with Pope Shenouda III
KAHERAH: Penunjuk perasaan Kristian membaling batu ke arah seorang
menteri negara ini kelmarin, ketika kebimbangan memuncak rusuhan kaum
akan meletus selepas satu pengeboman di gereja mengorbankan 21 orang.
Beratus-ratus pengikut Koptik Kristian berkumpul di dalam Gereja St Mark di sini yang juga ibu pejabat pope Koptik, Shenouda III, manakala pihak berkuasa disekat penganut yang datang untuk berkabung.

Penunjuk perasaan mengejar Menteri Pembangunan Ekonomi, Osman
Mohammed Osman, sehingga ke kereta dan membalingnya dengan batu selepas
beliau bertemu Shenouda, sementara yang lain bertembung dengan polis
yang berdiri di luar pagar.
Seorang pegawai polis berkata sekurang-kurangnya 40 anggota polis
cedera ringan apabila penunjuk perasaan membaling batu ke arah mereka.
Lebih seribu penunjuk perasaan memecah masuk pintu gereja dan berkumpul di jalan berhampiran, menahan kereta, mengetuk bumbungnya dan membaling batu.
Terdahulu, puluhan penunjuk perasaan cuba mengepung Imam Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb, ulama atasan Mesir dan mengetuk keretanya selepas beliau berjumpa dengan Shenouda.
Pegawai polis juga berkata lebih 1,000 anggota Koptik mengadakan bantahan di luar Kementerian Luar dan bangunan televisyen bersebelahan.

Sesetengah penunjuk perasaan membaling batu ke arah kenderaan lalu lalang, merosakkan lebih banyak kereta dalam bantahan hari kedua berturut-turut. – AFP
Sumber: BHarian Online
No comments:
Post a Comment