Pages

Penulisan Popular

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Are you a carrot, an egg or a coffee bean???


Found this story in a website...very inspirational.... ok..today's motivation start with this... A certain daughter complained to her father about her life and how things have been so hard for her. She did not know how she was going to make it and she wanted to give up. She was tired of fighting and struggling. It seemed that just as one problem was solved another arose. Her father, a chef, took her to the kitchen, filled three pots with water and placed the fire on high. Soon the three pots came to a boil. In one he placed carrots, in the other he placed eggs, and the last he placed ground coffee beans. He let them sit and boil, without saying a word.

Saturday, May 14, 2011

Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar


Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Tuesday, May 3, 2011

Aurat-aurat Yang Dimaafkan?


Salam 1Malaysia,

Kepada Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri, Menteri Agama, Mufti-mufti dan ulama muda tarbus, ingin saya bertanya sebuah persoalan bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang serba-serbinya lemah ini.

Saturday, April 23, 2011

UMNO Mencari Publisiti Murahan Berstatus Sampah

Korang sume dah tahu benda ni…. minggu yang lepas ada seorang wakil dari JPMK datang ke Zagazig dengan katanya untuk menyelesaikan beberapa masalah pelajar terutama pelajar egen dengan pihak universiti. AdamHawa tidak peduli dengan semua itu, cuma apa yang AdamHawa ingin sampaikan ialah pegawai tersebut telah menipu ramai pelajar melalui laman social FaceBook milik beliau.




Maknanya selepas beliau balik ke Kaherah, dan beliau meng’upload’ gambar Majlis Kenduri Kesyukuran DPMZ & PCZ dengan menyatakan pada gambar tersebut ‘bersama kelab UMNO bersama ahli Zagazig’. 

Inilah perangai manusia suka menangguk di air yang keruh. AdamHawa tahu mereka wat perjumpaan dengan bdak2 sabah nak tubuh kelab umno di zagazig. maklumat ni pun AdamHawa dapat dari budak2 UMNO gak. pegawai tersebut malu nak letak gambar betul perjumpaan bersama kelab umno zagazig sebab sambutan tak mengalakkan dan ada sesetengah daripada mereka ‘yang terpaksa’ datang.

Nak buat prog atas nama UMNO ahli xleh nak terima. Pada hemah AdamHawa, kalau depa ni mai dengan bawak dakyah UMNO rasanya tak dak orang yang nk datang program mereka. kalau ada pun orang yang datang makan  dan pencacai-pecacai atau pun Orang Kuat Umno (OKU) saja.  
 
AdamHawa hairan betul la ada lagi manusia yg nak sokong parti sekular. rakyat mesir dan sebahagian besar dunia arab dah buat perubahan menolak parti sekular tersebut. takkan la siswa zagazig yg cerdik pandai boleh terima parti sekular ini (UMNO).. hampes betul!!!.. 

KEPADA PENCACAI UMNO SILA DENGAR TAZKIRAH DARI UST INI Sila Klik

UMNO = Hizbul Watoni…
revolusi25jan = PRU13..
Mubarak Turun = Najib bakal turun…
Ikhwan Muslimin (IM) = Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Friday, January 7, 2011

December 2010


Bulan December 2010,menyaksikan pilihanraya bagi penukaran tampuk pimpinan budak2 sains kesihatan di Zagazig.Hanya 1 kerusi sahaja yang dipertandingkan iaitu kerusi calon Pengerusi. Pertandingan hebat antara Dr. Mohd Syazwan Mohd Nor, Dr. Bukhari Muslim Mohd Nadzim.

Friday, December 31, 2010

UMNO Punya Pukulan...


HUB HIBURAN,zaman paklah ketika menteri cuba bawa ke parlimen utk diluluskan,byk tentangan diperolehi seterusnya kerajaan paklah tidak jadi meluluskannya.

TAPI zaman Najib Al-Atartuk ia diluluskan dengan mudah dan cepat,seakan2 King Najib Al-Atartuk tidak sabar utk mengambil Bahagian&kesempatan dengan HUB HIBURAN(HUBBI HIBURAN)nya itu.

Tuesday, December 21, 2010

10 siswi UK ke Zagazig

 sekadar hiasan

Posting kali ni aku nak crita kt korang sume skit… lepas maghrib tadi, aku ternampak tramco darri kaherah bawak akhawat dengan sorang musyrif. Aku ingat kan akhawat tu dari zagazig, rupe2 nye dari UK…

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum ila ardu Syarqiyyah…

Katanya tak lama depa kat zagazig ni… mengikut maklumat yang aku dapat dari sorang ustaz ni, mungkin lepas ni depa nak pi jalan2 ke Sinai kot… 

sekadar hiasan.. Bucking Palace

Pesan aku la kan… jangan la korang tiru perangai pompuan arab kat sini… walaupun depa pandai bahasa arab, baca quran pun paham lebih daripada kita… janganlah korang tiru perangai dan gaya atau fesyen yang xelok tu… tiru yang baik2 udah la…

Haa… satu lagi, tak usah la korang tiru stail minah2 melayu kat zagazig ni… yang pakai ketat2, sendat2, padat2 lagi jitu, bak kata Ust. Mumtaz la kan… tiru la akak2 yang pakai tudung labuh tu, kan sejuk mata memandang…

Kat bebudak UK ni aku memang respek la… biar pun depa ni belajar kat negeri kapiaq, tapi soal sensitiviti mereka dengan isu umat islam kita boleh buat contoh la… mereka cukup jaga terutama barangan2 boikot… contohnya kedai2 makanan francais seperti McD, KFC, Pizza dan sebagainya… mereka tak masuk, mereka ambik berat sungguh…

Alhamdulillah, satu contoh yang baik yang patut kita tiru… akhawat kita kat sini macam mana?... tak kan main rembat je?... kedai2 dan barang2 boikot pun korang tibai habis ke?...

Aku pernah dengar la sorang ustad DPM ni sebut, dia kata Dr. Yusuf Qardawi berfatwa “setiap ringgit yang kita keluarkan untuk membeli barangan buatan Amerika dan Israel seumpama kita melepaskan satu peluru ke tubuh umat islam di Palestin…

Wallahu a`lam…ngantuk la nak tido…zzz…

Release tension.. Best Jugak Tengok, Jimat Duit Kot



















Sumber: Ustaz Yusof Embong

Sunday, December 19, 2010

Belajar tinggi-tinggi, pandir bertingkat-tingkat... Siri 2

Sekadar hiasan

Untuk siri kedua ini aku nak bincang ngan korang pasai "Mentaliti umat subsidi".....

Apakah maksud subsidi tu ek..? Aku pun tak pasti gak tak sempat buka kamus. Tapi salah satu dari ribuan watak-watak mereka yang boleh aku sampaikan ialah...

Tunggu orang bagi jer. Nak mengharapkan usaha sendiri hampesss… terutama dalam bab makan/jamuan

Senang cerita inilah maknanya “Dimana ada makan-makan ada jer muka dia, dimana ada muka dia disitulah ada makan-makan”. Oppss.. telebih sudaaaah. 

DPM & Perubatan susah-susah merancang tuk buat kelas tafaquh fiddin dan program-program lain sebagainya tuk mereka. Tapi sempat lagi mereka bertanya “ada makan-makan tak”? adoii umat melayu… weh tolong laa DPM & Perubatan bukan kantin sekolah atau kedai kopi laa.. 

Kehadiran ahli kelas pengajian dan program-program lainnya cukup menyedihkan. Jika majlis makan-makan buatlah pukul berapa pun mereka tetap hadir dan mewujudkan diri. 

Ada satu lagi spesis manusia 'orang asli' duk berperak dalam rumah, taksuka bermasyarakat dan ziarah mezniarahi atau ikut program. spesis ni paling teruk sebab program atau kelas pengajian tak hadir majlis makan-makan tak kelihatan..  apa nak jadi ngan bdak2 zaman sekarang ni..

Inilah yang dikatakan minda atau mentaliti umat subsidi.. tunggu orang datang dan menyuapkan makanan dalam mulut dia jer..

Budaya seumpama ini tidak patut kita amalkan. Kelas pengajian dan program anjuran persatuan cukup penting untuk kita hadir mengambil mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman guna sebagai bekalan ketika pulang ke tanah air nanti. Dah yang lebih penting ilmu-ilmu yang dikutip itu boleh menjadi teman akrab ketika kita bersendirian di dalam kubur besok…

Wallahu a’lam

Belajar tinggi-tinggi, pandir bertingkat-tingkat... Siri 1




Maaf la kalau posting kali ini tegang sikit. Aku dh lama simpan, hari ni aku nk letupkan mudah-mudahan ia menjadi satu ledakkan yang kuat ditengah-tengah rumpung melayu di sini.

Hairan betul la aku bdak2 ni, nak kata dak mumayiz tapi dah besar panjang. Nak kata masih budak2 lagi entah la, tapi klau tengok fizikal dah macam boleh nikah dah. Entah lah, mungkin mental bersaiz ‘S’. 

Posting kali ini aku nak cerita pasai duit belanja dan insyaAllah posting lepas ini aku cerita pasai bodoh sombong pulak. 

Duit belanja..

Maaf la ingat-ingat lupa. Kalau dak salah aku la semasa belajar kat skolah dulu, kalau sorang tu dak pandai menguruskan wang, depa tu tak boleh bagi duit banyak-banyak. Takut kena tipu bila depa dok belanja. 

Jangan terlalu mudah menyerahkan duit kita kepada pak arab walau se-rubo’ pun kerana ia memberi kesan yang sangat buruk kepada semua mahasiswa lain. Persepsi masyarakat arab la ni kepada kita pelajar malaysia seperti boleh diperlekeh dan dipermainkan.

Usah peduli apa alasan sekalipun yang diberikan oleh pak arab (baba) kepada hangpa.. semua itu untuk menipu dan memperdayakan hangpa ja. Tersangat-sangat jarang dalam soal harta atau duit keuntungan berpihak kepada kita ketika bermuamalat dengan warga arab.  

Baru-baru ni aku dengar cerita ada pelajar kita yang selamba badak ja memberi 10 ribu genih kepada tuan rumah atas alasan untuk menyiapkan rumah. Gila pa? Mana kebijaksanaan akal hangpa yang dikurniakan oleh Allah swt, adakah hanya digunakan untuk menipu dan berfikir untuk mencipta alasan mengelak dari dicekup oleh Hisbah ja. Dan bukan untuk mempertahankan hak seperti dalam situasi yang hangpa hadapi tu? Adakah hangpa berkongsi saham dengan baba untuk menyiapkan imarah dia (baba)?. Tidak pernah berlaku dalam dunia, rumah yang kita hendak sewa, kita yang kena siapkan rumah tersebut. Btui dak? 

Kalau terpaksa sangat pun rujukla dulu ustz-ustaz yang ada. Mungkin mereka ada idea dan boleh membantu. Janganlah kita membuat keputusan mengikut otak sempit kita tuu.. pandangan orang ramai dan orang lama teramat penting kepada kita menjalani kehidupan di sini.

Ada satu lagi jenis glongan yang harta mereka dak tahu nak salur kat mna. Tambang teksi orang lain bayar 2/3 genih ja, tapi dia melebihi kadar biasa. Mereka seolah-olah disihir ikut jer pemandu teksi tu cakap berapa, gejala ini perlu dielak. Klu dh banyak sangat duit tu bagi lah kat DPM ke atau PCZ biar depa tu wat kenduri bleh makan ramai2.Ngeh3. Hangpa duk bagi kat ammu teksi wat pa..pening2.

Satu lgi aku nk habaq hangpa.. hangpa tolong kaji balik brapa duit yang hangpa dok bayar AQ dlu sebelum mai mesir. Aku pun AQ jgk tapi aku nk ajak hangpa pikir dan kaji semula dimanakah perlunya bayar jumlah wang sebanyak tu.(RMxxxx). Hangpa penah tanya dak depa salurkan duit tu kemana? Guna untuk apa. Berani tanya??  

Itu situasi kita selaku budak medic, hangpa penah piker situasi budak azhar tak? Ya, aku tahu dan aku tak naïf yuran budak medic mahal tapi yang aku tak puas hati AQ amek untung lebih. Dulu-dulu ada la jgak aku dok kaji ngan ahli bait aku, bila kira-kira balik sorang pelajar AQ boleh untung hampir 5 ribu genih tu. 

Bdak2 azhar depa suma tu  bukan mai sendiri pun, ada jg badan yang uruskan dan ada jg travel yg uruskan depa. Tapi dak la semahal AQ ambil. dak silap aku RM3000 ja dah lepas mai mesir. 

Inilah soalnya kepandiran mahasiswa/wi kita menguruskan wang dan perbelanjaan harian

Saturday, December 18, 2010

Nak tolong orang pun ada caranya

Nak tolong ke? Nak apa? (ada udang di sebalik mee)

Dah lama tak pulang ke kampung halamanku,Alhamdulillah dapat meneruskan perjuangan di sini pula. Tapi ada pulak berita yang tidak menyenangkan telinga bila didengari.

Nak tau pasai apa? Pasai seorang ikhwah ni,menyebabkan nama satu DPM ini buruk dipandangan ahli,padahal dia punca masalah. Takpa-takpa,dengar dulu citer ni pastu nilai sama-sama.

Ada satu hari ni,seorang ikhwah yang baik orangnya. Masalahnya dia masuk rumah akhawat medic sini dari Zohor sampai Maghrib. Apa dia buat? Jangan pikir lain ok.

Bila time Maghrib tu,kebetulan bertembung dengan pengerusi DPM ni dan beberapa orang lainnya. Bila ditanya buat apa dekat rumah akhawat tu,jawapnya tolong repair mesin air rumah tu, dari Zohor sampai Maghrib.

Haha…mesti teruk rosaknya tu,dari Zohor sampai Maghrib tu. Pergh…lama giler. Tapi tak kan tak tahu langsung pasal ketetapan HISBAH. Nak kata budak baru,dah lama dah duduk muhafazah tu,dah nak balik dah pun.

Yang part menariknya, apabila cuba ditanya keadaan tersebut,jawapannya dengan bahasa yang agak kurang best la. Maybe ada orang boleh terima bahasa begitu dan yang tidak boleh terima. So diberilah nasihat dengan cara yang sama dengan jawapan dia tu.

Tiba-tiba suasana jadi tegang pulak dengan pembelaan dari akhawat rumah tu. Bermati-matianlah membela si ikhwah ni. Pulak dah. Inilah masalah,tidak memahami keadaan. Ikutlah ketetapan HISBAH buat. Tujuan buat tu agak-agak untuk apa? Untuk jaga kesejahteraan semua,ikhwah mahupun akhawat.

“Aku tolong diorang ni bukan aku mintak upah pun,aku ikhlas je tolong diorang”. Ujar beliau. Hahaha..

Lawak je ana dengar ayat tu. Ayat tu sepatutnya layak digunakan oleh AJKT DPM tu je. Ke ada orang ingat AJKT dapat elaun per/month? Sori la yop. Nak dapat duit mana bagi elaun kat diorang. Semua diorang pakai “DUIT SUMBANGAN” tau.

Nak tau dari sapa? Tu “En. BANK AHLY” tu, bagi je kad HSBC pastu keluar la LE 500.00,duit tu la makan diorang,beli kitab,teksi kalau nak cepat,sewa rumah lagi,belanja hampa lagi. Pastu ada diorang bising diorang habis banyak duit untuk korang? So tak payah la nak kata hampa banyak berkorban,diorang lagi banyak berkorban untuk kita.

Sambung balik citer tadi. Ada satu benda pelik yang berlaku. Salah seorang yang datang tadi ni nak try masuk dalam rumah tu,nak check betul ke tak apa yang dia kata. Kot-kot la ada benda lain kan. Tapi sungguh-sungguh dihalang oleh akhawat sorang ni. Aik... Bertambah pelik rasanya. Kalau betul repair mesin pam air tu,apa masalahnya nak masuk tengok dalam,tapi beria-ria dihalang.

Kalau korang la kan,apa korang pikir? Hahaha….

Macam ni,apa yang hampa paham pasal DPM? DPM menjaga semua ahlinya dari segala sudut,hatta masalah kecil-kecil pun DPM insyaAllah boleh tolong,why not tak bagitau je pada DPM yang rumah tu ada masalah mesin ke,apa ke,boleh tolong insyaAllah. Tapi kalau nak guna khidmat lain pun tak da masalah,cuma bagi makluman pada pengerusi DPM. Tak kan maklum pun tak boleh.

“Ala,buat ape nak susah-susah maklum,buat sendiri pun boleh”. Orang yang berfikiran yang macam ni lah yang paling bermasalah. Kalau jadi apa-apa yang tidak dijangka-jangka (apa-apalah yang boleh membahayakan dan tidak diingini),amacam? Amnu daulah akan salahkan sapa? Ikhwah tu ke @ DPM ? Amnu daulah bagi DPM kuasa bagi memastikan segala permasalahan pelajar Malaysia terjaga.

So kesimpulannya apa? DPM menaungi semua anak Malaysia dekat muhafazah,so bagilah kepercayaan kepada DPM. Jangan pandai-pandai sendiri nak buat keputusan,ada masalah bagitau je pada DPM. DPM tak pernah pun mintak dibayar usaha diorang,kesian kat AJKT DPM,tapi nak buat macam mane,dah orang bagi amanah,terima dan terus berusaha yang terbaik.

Citer tadi tu ana tinggalkan ia tergantung pasal maklumat tak habis. Saje nak kongsi dengan korang apa yang ana nampak dalam masalah ni.

Kalau salah fakta bagitau ana,ana boleh perbetulkan. Nama lagi manusia,pasti ada silapnya… ok,salam maju jaya.

adaptasi : Ibnu Hj Adam

~DenYuT KaSiH MeDiK~

Sekadar perkongsian daripada pembacaan saya (Shahrina) mengenai novel ini walaupun mungkin telah ramai yang sudah habis membacanya. Anggapan saya pada novel ini amat bagus!. Telah lama saya tinggalkan zaman pembacaan novel. Entah mengapa ingin tahu apa yang tersirat dalam novel ini, gerak hati kuat ingin memiliki setelah ada seorang sahabat mengatakan novel ini bagus untuk dibaca, sampaikan satu keluarganya turut membaca novel ini secara bergilir.
 
Subhanallah.. Insya Allah bagi mereka yang kurang dalam kefahaman Syariat (kehidupan), dia akan faham. Bagi mereka yang telah melalui hari2 dengan kekuatan syariat, insya Allah lahirnya hati yang lebih tenang dan yakin dengan qada' dan qadar yang telah Allah swt tentukan.. Teringat kata2 ibu kepada sahabat yang bertandang ke rumah bila anaknya bertanya kepada saya tentang jodoh setelah hubungan kekluargaan antara 2 keluarga tidak menjadi. Ibunya hanya menjawab, " Itu tandanya Allah nak beri yang lebih baik.." sejuk hati mendengarnya..

Novel ini menggabungkan antara tiga fiqh, iaitu fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta, menuntun pembaca untuk lebih memahami indahnya kehidupan dalam bersyariat. Ia satu cara untuk mengajar, belajar dan mempelajari. Bagi mereka yang baik, insya Allah akan cuba untuk menjadi bertambah baik..

Selain itu, Ilmu juga diperolehi bagi yang bukan dalam bidang perubatan. Begitu juga ilmu dakwah yang disatukan dalam bidang ini, memberitahu kita bagaimana dakwah itu perlu ada walau apa jua pekerjaan kita, posisi kita sama ada dibawah atau diatas, ada pangkat atau tiada, dakwah itu perlu mengalir dalam pembuluh darah kita. Bukan semua orang Islam mempunyai kefahaman dalam Islam. Itulah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita akan ditanya apa yang kita lakukan..