Sekadar perkongsian daripada pembacaan saya (Shahrina) mengenai novel ini walaupun 
mungkin telah ramai yang sudah habis membacanya. Anggapan saya pada 
novel ini amat bagus!. Telah lama saya tinggalkan zaman pembacaan novel.
 Entah mengapa ingin tahu apa yang tersirat dalam novel ini, gerak hati 
kuat ingin memiliki setelah ada seorang sahabat mengatakan novel ini 
bagus untuk dibaca, sampaikan satu keluarganya turut membaca novel ini 
secara bergilir.
 
Subhanallah.. Insya Allah bagi mereka yang 
kurang dalam kefahaman Syariat (kehidupan), dia akan faham. Bagi mereka 
yang telah melalui hari2 dengan kekuatan syariat, insya Allah lahirnya 
hati yang lebih tenang dan yakin dengan qada' dan qadar yang telah Allah
 swt tentukan.. Teringat kata2 ibu kepada sahabat yang bertandang ke 
rumah bila anaknya bertanya kepada saya tentang jodoh setelah hubungan 
kekluargaan antara 2 keluarga tidak menjadi. Ibunya hanya menjawab, " 
Itu tandanya Allah nak beri yang lebih baik.." sejuk hati mendengarnya..
Novel ini menggabungkan antara tiga fiqh, iaitu fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta, menuntun pembaca untuk lebih memahami indahnya kehidupan dalam bersyariat. Ia satu cara untuk mengajar, belajar dan mempelajari. Bagi mereka yang baik, insya Allah akan cuba untuk menjadi bertambah baik..
Selain itu, Ilmu juga diperolehi bagi yang bukan dalam bidang perubatan. Begitu juga ilmu dakwah yang disatukan dalam bidang ini, memberitahu kita bagaimana dakwah itu perlu ada walau apa jua pekerjaan kita, posisi kita sama ada dibawah atau diatas, ada pangkat atau tiada, dakwah itu perlu mengalir dalam pembuluh darah kita. Bukan semua orang Islam mempunyai kefahaman dalam Islam. Itulah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita akan ditanya apa yang kita lakukan..

No comments:
Post a Comment