Nak tolong ke? Nak apa? (ada udang di sebalik mee)
Dah lama tak pulang ke kampung
halamanku,Alhamdulillah dapat meneruskan perjuangan di sini pula. Tapi ada
pulak berita yang tidak menyenangkan telinga bila didengari.
Nak tau pasai apa? Pasai seorang ikhwah ni,menyebabkan
nama satu DPM ini buruk dipandangan ahli,padahal dia punca masalah.
Takpa-takpa,dengar dulu citer ni pastu nilai sama-sama.
Ada satu hari ni,seorang ikhwah yang baik orangnya.
Masalahnya dia masuk rumah akhawat medic sini dari Zohor sampai Maghrib. Apa
dia buat? Jangan pikir lain ok.
Bila time Maghrib tu,kebetulan bertembung dengan
pengerusi DPM ni dan beberapa orang lainnya. Bila ditanya buat apa dekat rumah
akhawat tu,jawapnya tolong repair mesin air rumah tu, dari Zohor sampai
Maghrib.
Haha…mesti teruk rosaknya tu,dari Zohor sampai
Maghrib tu. Pergh…lama giler. Tapi tak kan tak tahu langsung pasal ketetapan
HISBAH. Nak kata budak baru,dah lama dah duduk muhafazah tu,dah nak balik dah
pun.
Yang part menariknya, apabila cuba ditanya keadaan
tersebut,jawapannya dengan bahasa yang agak kurang best la. Maybe ada orang
boleh terima bahasa begitu dan yang tidak boleh terima. So diberilah nasihat
dengan cara yang sama dengan jawapan dia tu.
Tiba-tiba suasana jadi tegang pulak dengan
pembelaan dari akhawat rumah tu. Bermati-matianlah membela si ikhwah ni. Pulak
dah. Inilah masalah,tidak memahami keadaan. Ikutlah ketetapan HISBAH buat.
Tujuan buat tu agak-agak untuk apa? Untuk jaga kesejahteraan semua,ikhwah
mahupun akhawat.
“Aku tolong diorang ni bukan aku mintak upah
pun,aku ikhlas je tolong diorang”. Ujar beliau. Hahaha..
Lawak je ana dengar ayat tu. Ayat tu sepatutnya
layak digunakan oleh AJKT DPM tu je. Ke ada orang ingat AJKT dapat elaun
per/month? Sori la yop. Nak dapat duit mana bagi elaun kat diorang. Semua
diorang pakai “DUIT SUMBANGAN” tau.
Nak tau dari sapa? Tu “En. BANK AHLY” tu, bagi je
kad HSBC pastu keluar la LE 500.00,duit tu la makan diorang,beli kitab,teksi
kalau nak cepat,sewa rumah lagi,belanja hampa lagi. Pastu ada diorang bising
diorang habis banyak duit untuk korang? So tak payah la nak kata hampa banyak
berkorban,diorang lagi banyak berkorban untuk kita.
Sambung balik citer tadi. Ada satu benda pelik yang
berlaku. Salah seorang yang datang tadi ni nak try masuk dalam rumah tu,nak
check betul ke tak apa yang dia kata. Kot-kot la ada benda lain kan. Tapi
sungguh-sungguh dihalang oleh akhawat sorang ni. Aik... Bertambah pelik
rasanya. Kalau betul repair mesin pam air tu,apa masalahnya nak masuk tengok
dalam,tapi beria-ria dihalang.
Kalau korang la kan,apa korang pikir? Hahaha….
Macam ni,apa yang hampa paham pasal DPM? DPM
menjaga semua ahlinya dari segala sudut,hatta masalah kecil-kecil pun DPM
insyaAllah boleh tolong,why not tak bagitau je pada DPM yang rumah tu ada
masalah mesin ke,apa ke,boleh tolong insyaAllah. Tapi kalau nak guna khidmat
lain pun tak da masalah,cuma bagi makluman pada pengerusi DPM. Tak kan maklum
pun tak boleh.
“Ala,buat ape nak susah-susah maklum,buat sendiri
pun boleh”. Orang yang berfikiran yang macam ni lah yang paling bermasalah.
Kalau jadi apa-apa yang tidak dijangka-jangka (apa-apalah yang boleh
membahayakan dan tidak diingini),amacam? Amnu daulah akan salahkan sapa? Ikhwah
tu ke @ DPM ? Amnu daulah bagi DPM kuasa bagi memastikan segala permasalahan
pelajar Malaysia terjaga.
So kesimpulannya apa? DPM menaungi semua anak
Malaysia dekat muhafazah,so bagilah kepercayaan kepada DPM. Jangan
pandai-pandai sendiri nak buat keputusan,ada masalah bagitau je pada DPM. DPM
tak pernah pun mintak dibayar usaha diorang,kesian kat AJKT DPM,tapi nak buat
macam mane,dah orang bagi amanah,terima dan terus berusaha yang terbaik.
Citer tadi tu ana tinggalkan ia tergantung pasal
maklumat tak habis. Saje nak kongsi dengan korang apa yang ana nampak dalam
masalah ni.
Kalau salah fakta bagitau ana,ana boleh
perbetulkan. Nama lagi manusia,pasti ada silapnya… ok,salam maju jaya.
adaptasi : Ibnu Hj Adam
No comments:
Post a Comment