Penulisan Popular

Monday, January 3, 2011

Cerita dari BKAN Melaka...







Ketika Sultan Muhammad Al-Fatih meminta cadangan dari menteri-menterinya untuk mencari sumber kewangan untuk pergi berperangan ada diantara mereka mencadangankan supaya memotong sebahagian daripada alaun yang diberikan kepada para pelajar dan alim ulamak. Dengan tegas Sultan Muhammad Al-Fatih menjawab beliau tidak akan menganiaya golongan tersebut kerana doa golongan tersebutlah yang memberi kemenangan membuka Kota Kostentinopel.

Inilah sikap seorang pemimpin sebuah kerajaan menjaga dan menghormati hak orang bawahan dan faham tanggungjawab memberi kebajikan bukan menzalimi para penuntut ilmu Allah di bumi anbiya' ini. 

Sebaliknya berlaku ke atas sahabat kita dari BKAN melaka yang semua orang patut mengetahui dan mengambil peduli akan ujian yang menimpa sahabat2 kita di sana.

Amaran: kepada mana-mana delegasi yang datang ke mesir untuk menganggu mahasiswa selepas ini diminta berfikir dua kali. mahasiswa mesir tidak mudah diperkotakkatik seperti mana tempat-tempat lain. Mahasiswa mesir dah lali dengan ugutan tarik zakat nii.. Ingat zakat itu hak Allah, bukan hak pegawai atau mana-mana kerajaan..
 

Bila Dia Jadi IMAM, Aku Akan Jadi Makmum!
Salam pengenalan. Aku bukan sapa-sapa, hanya sorg insan yang terpanggil untuk bersuara. Aku bukan aktivis, bukan ahli politik, bukan pimpinan pelajar, bukan sapa-sapa. Jadi, tidak perlu rasa tidak selesa dengan kedatangan aku kecuali orang yang akan terasa.

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir  (BKKIMM), persatuan yang aku rasa sangat banyak membantu aku sebagai anak Melaka di Mesir telah dihina dan dinafikan haknya sebagai badan yang menjaga kebajikan anak Melaka di Mesir. Kenapa dihina? Setelah berdekad membantu kerajaan negeri menguruskan segala hal ehwal kebajikan anak Melaka, ia telah ditolak dan diketepikan begitu sahaja dengan alasan yang amat tidak relevan.

Pertama, kerana terlibat dengan PMRAM. Aku amat menantikan respon daripada pegawai kebajikan anak Melaka (kebajikan apa yang dia buat, aku pun x tahu) kerana dia sendiri telah bersetuju dengan ahli Melaka untuk membenarkan malah tidak kisah jika anak Melaka mengambil manfaat daripada PMRAM berkenaan perkara berkaitan pendidikan, kebajikan dan hisbah. Tetapi, manusia inilah yang membungkam seribu bahasa, malah orang inilah yang mengaturkan penubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) dan mencadangkan perlantikan ketua IMAM semasa makan tengahari bersama Ketua Menteri. Secara tidak langsung orang inilah menjadi mastermind dalam mengetepikan BKAN sedangkan dialah juga orang yang menagih keringat ahli BKAN dalam semua tugas dan majlis utama anak Melaka terutama dalam majlis menyambut BOSnya.

Dia sendiri setuju kerjasama itu, namun dia sendiri menjadikan itu sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada Ketua Menteri. Adakah itu strategi untuk menampakkan anak Melaka sebagai bergabung dengan PMRAM dan terlibat dengan politik pembangkang? Aku rasa semua satu Mesir tahu, anak Melakalah antara yang dingin hubungannnya dengan PMRAM. Berapa banyak anak Melaka jadi BP PMRAM? Jawapannya XDE! Anak Melakalah yang paling xkisah suasana politik baik di Mesir atau di Malaysia. Jadi, apa bukti atau keadaan yang boleh digambarkan anak Melaka ini aktif politik pembangkang? Aktif aktiviti BKAN pun tidak, aktif PMRAM pun tidak, malah aktif Kelab UMNO pun tidak. Jadi, mana buktinya wahai sang pegawai Melaka?

Lebih mengejutkan, penyingkiran BKAN itu berselari dengan penubuhan Kelab UMNO Melaka Mesir. Adakah mesej di sini, anak Melaka tidak boleh sertai PMRAM kerana hanya dikatakan (bukan satu yang pasti) terlibat politik pembangkang, maka wajib pula anak Melaka sertai politik UMNO? Bukankah stand Kementerian Pengajian Tinggi, mahasiswa tidak boleh aktif mana-mana parti politik? Jadi, kenapa PMRAM tidak boleh tetapi UMNO boleh? Sedangkan kelab
UMNO lebih jahar/jelas politiknya jika dibandingkan dengan apa yang dituduh kepada PMRAM.

Adakah kerana kita anak Melaka yang ditadbir UMNO, maka UMNO itu Melaka dan Melaka itu
UMNO? Anak Melaka automatik wajib sertai UMNO? Apa kejadahnya kaitan ini? Xde langsung lazim wa malzum antara Melaka dan UMNO. UMNO adalah UMNO, anak Melaka adalah anak Melaka! Duit yang mereka guna berpuluh ribu sebagai kos mereka ke Mesir adalah duit rakyat Melaka, bukan duit UMNO! Duit TAPEM yang mereka pinjamkan kepada kita adalah duit rakyat bukan duit UMNO! Jadi, apa hak engkau semua, menggunakan duit rakyat untuk ke Mesir, hanya untuk menjayakan matlamat UMNO? apa hak engkau, menggunakan duit TAPEM kepunyaan rakyat Melaka sebagai ugutan untuk tunduk kepada desakan UMNO?

Aku bukan ahli PAS, PKR, atau DAP. Bukan juga aku ahli UMNO. Malah aya aku sendiri adalah ahli UMNO. Aku pandang tinggi kepimpinan Ketua Menteri selama ini, namun ianya berakhir ketika ini! Hak dan keselesaan rakyat dipinggirkan, politik UMNO diutamakan. Sekarang pula, Wisma Seri Melaka kepunyaan RAKYAT MELAKA dijadikan pula markas sementara Kelab UMNO Kaherah! Aku tidak pernah kisah jika PMRAM itu PAS ke, pegawai Melaka ini UMNO, aku tak ambil endah pun. Namun apabila hak rakyat ditukarkan kepada hak milik UMNO, kawan-kawan aku yang ikhlas nak bantu jaga kebajikan pelajar Melaka di Mesir dihina begitu rupa, aku jadi berapi.

Kedua, kerana BKAN tidak bernaung bawah pegawai. Jika nak naungan pegawai, boleh bawa berbincang. Namun pegawai pun jika nak jadi penaung, bawalah visi rakyat di dalam BKAN, bukan VISI UMNO! Mereka berkata, BKAN sudah tidak perlu kerana sudah ada pegawai. Aku nak bertanya, andai ahli tidak memerlukan BKAN, adakah pegawai boleh bergerak sorang tanpa BKAN? Xperlu jawab, ahli Melaka tahu semua jawapannya.

Siapa yang menitik peluh ketika perpindahan Rumah Melaka Lama? Siapa yang berlumuran darah ketika Hari Raya Kurban? Siapa yang tidak tidur malam ketika persiapan majlis menyambut Ketua Menteri? Di mana sang pegawai ketika itu? Berapa peratus bantuannya, atau dia sekadar bersandar, menunggu hasil dari keringat anak Melaka? Aku amat tidak dapat terima, BKAN yang paling banyak bekerja untuk menyambut tetamu kehormat datang ke Mesir, namun tetamu inilah yang mengisytiharkan penyingkiran BKAN seoalh-olah BKAN ini sampah yang tidak perlu dipandang. Jeritan ahli BKAN yang dibiarkan begitu sahaja. Malah, setelah berjanji untuk berjumpa dengan pimpinan BKAN di malam 29 Dis, janji itu dibuang ke dalam tong sampah setelah BKAN disingkirkan pada malam sebelumnya!

Aku ingin melihat sang pegawai atasan sang Ketua Menteri untuk menjaga kebajikan semua anak Melaka di Mesir tanpa bantuan BKAN. Aku nak lihat siapa pula orang-orang yang akan menjadi ahli Kelab UMNO Melaka Mesir. Aku nak lihat stand 'jemaah talam dua muka' dalam isu ini. Aku nak lihat orang yang akan jadi SB kepada sang pegawai. Aku nak lihat semua ini dan aku akan bongkarkan semuanya nanti....Salam 'mesra' kepada pegawai, Kelab UMNO Melaka Mesir dan IMAM..

Perjumpaan Pengisytiharan IMAM?
Thursday, December 30, 2010


Pada malam ni,aku mendapat khabar bahawa akan diadakan perjumpaan antara delegasi kerajaan Melaka bersama pelajar Melaka. Kemungkinan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka akan diisytiharkan pada malam ini. Aku tak jamin perjumpaan ni akan berlangsung dgn tenang. Jangan salahkan pelajar jika pertemuan malam ni meletup.

Apabila keadaan yang tenang diganggu, kita x pelik jika orang yang diganggu akan mengamuk. Ketenangan pelajar Melaka telah diganggu gugat oleh pegawai n konconya, maka beranikah tanggung kesannya?


Perjumpaan Bersama Pelajar Ditunda
Friday, December 31, 2010


Aku baru mndapat maklumat bhwa perjumpaan antara delegasi kerajaan Melaka dan ahli Bkan Melaka ditunda kepada esok hari. Aku jangkakan diorg memang sibuk merancang malam ni macam mana nak ugut n pastikan anak Melaka sertai IMAM. Esok juga akan diumumkan penubuhan IMAM. Kepimpinan IMAM yg dilantik pun sejak malam ni sudah kelihatan berkeliaran di Wisma Seri Melaka.

Macam biasa, seperti apa yg diucap di malam perasmian Wisma Seri Melaka, modal tarik pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Melaka akan dijadikan senjata. Apa2 pun, aku yakin anak Melaka akan trus disokong n didoakn oleh semua mahasiswa di Mesir. Insyaallah yang benar tetap akan menang. Klu x sekarang pun, akan datang di Mahsyar.

IMAM Tidak Diisytihar, Kemenangan Moral Anak Melaka!


Maaf sangat aku x dapat nak update perkembangan terkini isu BKKIMM di Wisma Melaka. Pada hari ni, aku dimaklumkan diadakan perjumpaan bersama dengan anak-anak Melaka pada jam 2.00 ptg di Surau Wisma Seri Melaka. Ia melibatkan pelajar Melaka dan delegasi kerajaan Melaka yang sudah bertolak balik pada awal pagi Tahun Baru ni.

Apa yang berlaku sebelum pertemuan itu, beberapa orang pelajar yang kebanyakannya adalah pelajar Medic (semua medic kot) dipanggil untuk dilantik memegang jawatan dalam IMAM. Aku sebenarnya boleh sangka baik lagi jika diorg ni nak lantik budak Medic. Xde masalah bagi aku coz xde double standard dalam memegang jawatan. Walaupun perlantikan tu sebagai signal pandang rendah diorg kepada pelajar agama, aku masih bleh sangka baik lagi.

Namun, apa yang berlaku, apabila ada pelajar Medic yang enggan terlibat dgn kepimpinan IMAM, mereka seakan diugut  untuk ditarik pinjaman TAPEM. Aku memohon sesiapa yang ada penjelasan berkenaan ini agar tampil memberi penjelasan agar aku tidak salah maklumat. Jika aku salah maklumat dan ugutan itu tidak berlaku, boleh juga maklumkan semula n aku sedia betulkan. Niat aku untuk bongkar n laporkan perkembangan di Rumah Melaka, bukan jadikan blog ini lubuk fitnah.

Jika ini berlaku, amat2lah bercanggah dengan apa yang Ketua Menteri kata pada malam dialog. Beliau berkata siapa nak join mana-mana die tak kisah. Lagi malang duit rakyat ini (bukan duit kerajaan!) digunakan untuk kepentingan politik mereka. Amatlah tak wajar!

Apabila perjumpaan dimulakan, En Baharuddin memulakan ucapan. Antara ucapannya kalau tak silap aku beliau mengatakan bahawa apa yang disebarkan dalam FB dan blog sekarang berkaitan isu ini kebanyakannya fitnah. Andai aku termasuk di dalam apa yang beliau katakan itu, aku mohon sapa2 je untuk bagitau aku mana yang fitnah? Datangkan juga bukti. Aku akan sedia ubah n minta maaf.

Kemudian, En Abu Bakar pula berucap. Beliau menyentuh berkenaan hal kebajikan anak Melaka. Aku rasa tidak perlu aku ulas kot coz hanya berkaitan teknikal di Wisma Melaka.

Kemudian, pelajar mula ajukan soalan. Kalau tak silap aku YDP BKKIMM, Ust Harman yang mulakan. Kemudian disertai lagi oleh pelajar lain. Aku xtahu jumlah yang terlibat tapi ramai juga la. Bagi aku jumlah yang ada itu sudah cukup menafikan cakap2 belakang selama ini bahwa anak Melaka tiada sensitiviti terhadap BKAN.

Antara isu yang dibangkitkan, yang paling utama adalah isu BKKIMM dan penubuhan IMAM. Kesimpulannya, rata-rata yang bertanya semuanya mempersoalkan kewajaran penarikkan pengiktirafan kerajaan negeri kepada BKKIMM sedangkan BKKIMM adalah badan yang banyak berjasa. Kerja pegawai pun banyak dimudahkan dengan adanya BKKIMM. Jawapan yang mereka berikan muda sahaja, itu arahan Ketua Menteri, patuh saja la...

Kemudian isu IMAM pula. Kenapa nak ditubuhkan yang baru sedangkan yang lama sudah ada. Mereka jawab, IMAM bukan pertubuhan. Ia hanya badan pelaksana. Maka, bangkit pula soalan, jika badan pelaksana, mengapa perlu ada ahli. Tak dapek mereka nak jawab. Tapi kesimpulannya, mereka jawab IMAM adalah pertubuhan mahasiswa Melaka di semua universiti di Malaysia dan penubuhan di Mesir ini sekadar penyelarasan. Lalu timbullah soalan, kalau begitu, serahkan perlantikan kepimpinannya kepada ahli Melaka. Pun tak dapek mereka nak jawab.

Yang terakhir aku nak ulas, anak Melaka mempersoalkan peranan pegawai. Seperti mana yang aku nyatakan sebelum ini, banyak tugas pegawai dibantu oleh BKAN. Maka, apa salahnya dikekalkan BKAN dan wujudkan kerjasama yang erat antara BKAN dan pegawai, seperti yang rumah negeri lain lakukan. Lagi selesai masalah.

Cuma aku kesian tengok pegawai kene balun. Serius ni. Ada juga keluar perkataan yang bagi aku tidak patut keluar dari mulut kita selaku pelajar agama (walaupun medic). Serangan peribadi dan kata-kata kurang manis secara terbuka bagi aku tidak patut. Jika dia salah dari sudut teknikal dan usaha nak bubarkan BKAN, kita bongkar berkenaan itu sahaja la..Jika dia tidak beradab ngan kita, xkan la kita nk ikut macam dia. Dakwah still kene ikut dengan adab k.

Kesimpulannya, IMAM tidak dapat diisytiharkan kerana asakan soalan daripada anak Melaka. Ramai jadi Hang Jebat petang tu. Nasib baik xde Taming Sari je. Bagi aku, ini kemenangan moral bagi kita. Banyak persoalan di dalam isu ini yang buatkan aku yakin, mereka ada agenda politik. Xpe, sekarang ni, IMAM biarkan dengan IMAMnya, makmum mohon untuk mufarakah dan terus bersama BKKIMM. Kita lihat siapa yang mendapat kepercayaan ahli.

Apapun, aku puji semua pihak, baik delegasi, pegawai dan pelajar yang dapat mengawal emosi dengan baik (kecuali segelintir) dan menghasilkan perjumpaan yang hangat tapi 'mesra'. Aku puji gak sikap En Baharuddin dan En Abu Bakar yang bagi aku orang yang pandai melayan kerenah mahasiswa di samping pandai gak putar2 ayat =) Nak buat macam mana, mahasiswa berdarah panas. Sesekali kena la berhadapan dengan mereka. Tahniah pada semua.

p/s : Minta maaf kat En Anwar jika post aku yang sebelum ini, ada mengguriskan hati beliau. Apa bleh buat, kita orang Melaka, darah pun tengah naik masa tu. Kata profesional, berani buat, kene beranilah untuk terima kritikan k =)

Sidang Media BKKIMM DI Wisma Seri Melaka
Saturday, January 1, 2011


Makluman kepada semua sahabat, akan diadakan apa yang dinamakan 'Sidang Media' BKKIMM di Surau Wisma Melaka pada malam ini selepas Isya. Diharap kepada semua mahasiswa di Mesir, tunjukkan keprihatinan anda dengan menghadiri majlis ini.

InsyaAllah, aku jangkakan semua persoalan yang bermain di fikiran mahasiswa akan terjawab dan anda semua boleh bertanya direct kepada kepimpinan BKKIMM akan apa perkara yang berlaku, status BKKIMM dan pendirian BKKIMM dalam isu ini. Anda semua boleh juga memberikan apa jua cadangan kepada BKKIMM untuk meneruskan perjuangan di Bumi Anbia walaupun tanpa pengiktirafan Kerajaan Melaka.

Paling penting bagi aku adalah pengiktirafan Allah. Tak gitu En Anwar? =)

Sidang Media BKKIMM Menjana Kesatuan Hati Mahasiswa
Sunday, January 2, 2011


Salam.maaf sgt aku sibuk skit hari ni.xdapat nak update berita Ngn cepat.jadi,aku ambil kesempatan ruang masa yang sedikit ni untuk aku maklumkan apa yang berlaku pada malam semalam.

Malam semalam,telah diadakan majlis 'Sidang Media' oleh BKKIMM bertujuan untuk menerangkan isu yang berlaku sejak seminggu ni. Maka, pimpinan BKKIMM mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis penerangan kepada semua mahasiswa Mesir.

Kehadiran pun aku dimaklumkan memang ramai. Hampir memenuhi surau Wisma Seri Melaka. Terima kasih atas kehadiran semua terutama mereka yang bukan ahli Melaka. Pastinya sokongan anda semua sedikit sebanyak mngurangkan kedukaan kami malah menambah semangat kamu untuk terus mempertahankan hak.

Pimpinan BKKIMM menerangkan segala yang berlaku mengikut kronologi. Aku rasa tidak perlu aku cerita dengan teliti. Lotih nak mngarang sekarang. Aku mungkin akan ambil masa lain untuk aku ceritakan satu persatu kronologi isu ini.

Sesi soal jawab oleh para hadirin juga berlangsung dalam majlis ni. Rata-rata bertanya berkenaan status BKKIMM dan IMAM. Tidak kurang juga yang bertanya tentang perjalanan survival BKKIMM. Pertanyaan semua yang bertanya adalah tanda sokongan dan ambil cakna diorg kepada anak Melaka. Terima kasih sangat pada korg semua.

Namun, aku dapat cerita juga, ada usaha 'membawa lari' anak Melaka pada malam itu. 'Seseorang' telah berusaha untuk menarik perhatian anak Melaka agar tidak menyertai majlis penerangan malam tadi. Umpan yang diberikan kalau tak silap aku jamuan makan. Namun alhamdulillah, tak semua termakan umpan tu. Kalau apa yang aku dengar ini salah, mohon perbetulkan.

Apa pun, Jazakumullah kepada semua yang terlibat dalam majlis malam tadi. Semoga ia dirahmati dan menjadi asbab turunnya bantuan Allah dalam menyelamatkan BKKIMM. Insyaallah kalau ada masa, mulai esok aku akan coretkan kronologi ini satu persatu. Doakan aku diberi kesempatan masa. Jazakumullah.

P/s : BKKIMM dah buat majlis penerangan. IMAM xnak buat ke En Anwar? =)

Jaulah Penerangan BKKIMM Ke Muhafazah
Monday, January 3, 2011


Salam. Laporan terbaru yang aku baru dapat, beberapa pimpinan BKKIMM telah memulakan roadshow ke muhafazah untuk menerangkan isu yang menyelubungi Wisma Seri Melaka minggu lepas. Mereka dikatakan telah bertolak selepas Zohor tadi.

Antara kepimpinan yang aku tahu mnenyertai jaulah ini adalah YDP BKKIMM sendiri iaitu YB (Yang Berusaha, akan datang Yang Berhormat insyaAllah) Ust Harman dan beberapa sahabat yang lain. Aku tak dapat maklumat individu lain yang ikut jaulah ni.

Muhafazah pertama kalau tak silap aku adalah Zaqaziq, kemudian Tanta dan yang seterusnya aku tak tahu. Kalau aku dapat jadual diorg yang lengkap nanti, aku updatekan. So, minta tolong pada anak-anak Melaka yang tahu info jaulah ni atau apa jua info isu BKKIMM ni, maklumkan lah pada aku. Reporter aku nak exam la, xdpt nak hantar berita kat aku. Jom la bekerjasama untuk sebarkan maklumat isu ni. Kalau laporan korang tu ada copyright, aku akan letak la nanti 'reported by' kat citu..hahaha

Jom, ramai-ramai pergi ke markaz DPM masing-masing. Hari ni di Zaqaziq dan esok di Tanta. Pukul berapa tu, korang tanyalah DPM korg masing-masing. Bukan anak Melaka je, semua mahasiswa bleh datang. Tunjukkan sensitivit anda semua pada isu mahasiswa ni. Tak rugi pun pergi majlis ni, just sejam dua je.. Kalau sayang nak tinggalkan masa baca buku tu, bawa buku sekali dalam majlis tu. Sama tunggu tu, boleh la baca buku satu ke dua muka surat.

InsyaAllah masa yang korang korbankan kerana Allah ni, akan bawa berkat dan dibalas Allah di akhirat nanti. Dalam majlis tu nanti, korang tanya la apa yang korang nak tahu. Beri gak cadangan bernas korg pada BKKIMM. Kerjasama dan muafakat ini, pastinya membawa berkat.

p/s : Ada sesapa tahu bila plak majlis penerangan IMAM? =)


Tambahan: BKAN PERAK & BKAN MELAKA 

No comments:

Post a Comment