Bismillahirramanirraheem...
Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W bahawa kebanyakan isteri-isteri Rasulullah S.A.W adalah dalam usia muda belaka, sedangkan Rasulullah telah menjangkau usia tua. Mereka mebayangkan bahawa seandainya Allah swt mewafatkan Rasulullah ketika itu, pastilah mereka akan menjadi balu dalam usia muda belaka.
Kebanyakan mereka berharap jika Allah mengizinkan maka inginlah mati bersama-sama Rasulullah, kerana jika mereka mati dahulu akan dapat segera bertemu Rasulullah semula. Lantaran itu, ada di antara mereka yang berbincang sesama sendiri siapakah yang akan pulang ke hadrat Allah seiring dengan kewafatan Rasulullah.
Pada suatu ketika, para isteri Rasulullah saw telah bertanyakan kepada Nabi, siapakah di antara mereka yang akan dimatikan Allah seiring dengan kewafatan Rasulullah saw. Rasulullah saw telah memberitahu para ummahatul mukminin itu, bahawa isteriNabi yang akan kembali ke Rahmatullah seiring dengan kewafatan Nabi ialah mereka yang " tangan panjang" yang akan cepat jumpa Rasulullah.
Sebaik sahaja mereka mendengar jawapan Rasulullah saw itu, mereka pun berpakat dan bergilir-gilir untuk mengukur tangan-tangan mereka, siapakah di antara mereka yang panjang tangan. Lalu, mereka dapati bahawa Siti Sa'odah yang tangannya lebih panjang dari kalangan isteri-isteri Nabi.
Tetapi selepas beberapa ketika Rasulullah saw wafat, tiba-tiba mereka dapati mereka yang segera menyusul pulang ke rahmatuLLah bukannya Satu Sa'odah, sebaliknya yang mati dahulu adalah Zainab. Dengan peristiwa itu mereka memikirkan semula apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan " tangan panjang " oleh Rasulullah saw itu.
Isteri Rasulullah saw yang bernama Zainab itu mengikut riwayat mempunyai perusahaan sendiri, Beliau seorang pengusaha kulit dan perniaga kulit-kulit binatang. Perniagaannya sangat sangat maju kerana penggunaan kulit pada ketika itu sangat meluas. Kesannya, kurang kebergantungan Zainab dengan pemberian dari suami iaitu Rasulullah saw sendiri.
Justeru, Zainab telah menggunakan sebahagian besar dari laba keuntungan perniagaannya untuk berderma dan bersedkah membantu orang-orang susah dan sebagainya. Maka terkanallah di kalangan isteri Nabi Saw yang memanjangkan tangan menghulur bantuan ialah Zainab.
Dengan demikian, maka fahamlah para ummahatul mukminin bahawa yang dimaksudkan " panjang tangan " itu bukan ukuran pada fizikal yang panjang, sebaliknya ia membawa erti tangan yang banya menderama, memanjangkan tangan membantu dan berbuat kebajikan untuk meringankan penderitaan orang lain.
Peribahasa " tangan panjang" yang diberitahu oleh Rasulullah saw itu amatlah berbeza dengan tangan panajang yang menjadi peribahasa orang melayu, kerana bagi orang Melayu memahami maksud tangan panjang itu ialah orang yang mengambil harta benmda orang lain di luar pengetahuan pemiliknya, iaitu sebagai pencuri atau penyamun.
Sumber :
Buku mutiara 2 Tok Guru,
Tulisan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat & Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Sumber :
Buku mutiara 2 Tok Guru,
Tulisan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat & Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
No comments:
Post a Comment