1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus
gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan
mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.
2. Purata sebatang pensel boleh melakar
garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America
menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu
digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi
sebanyak 9 kali
3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda
mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan
buih di dalam sendi itu.
4. Di Albania, menggelengkan kepala
bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
5. Kebanyakkan debu yang berterbangan di
dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
6. Perut akan menghasilkan satu lapisan
mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
7. Kandungan emas di laut adalah 200 kali
ganda lebih banyak berbanding di daratan
8. Jika semua salur darah dalam tubuh
manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
9. Jika usus kecil manusia dibelah dan
dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 2 meter persegi.
10. Manusia bernafas kira-kira 23,000
kali dalam tempoh 24 jam.
11. Orang lelaki mudah mendapat buta
warna,10 kali ganda berbanding wanita.
12. Setiap langkah ke hadapan, anda
terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
13. Matahari memiliki tenaga yang cukup
utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
14. Tekanan jantung manusia semasa
mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan
darah sejauh 9 meter.
15. Purata setiap manusia manusia
memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara
itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang
berbeza-beza.
16. Setiap hari darah beredar sejauh
180,000 Km dalam tubuh manusia.
17. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan
yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
18. Setiap 1 cm persegi kulit manusia,
didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
19.Terdapat banyak spesies labah-labah
yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru
menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan
sesama sendiri.
Sumber: Blog Badrulhisyam
Sumber: Blog Badrulhisyam
No comments:
Post a Comment