Penumpang
berpusu-pusu di luar Lapangan Terbang Domodedovo dekat Moscow bagi menunggu
kenderaan ekoran lapangan terbang itu ditutup selepas bandar raya Moscow
dilanda hujan batu, kelmarin. – REUTERS
MOSCOW 27 Dis. –
Bandar raya Moscow dilanda hujan batu mengakibatkan beribu-ribu penumpang
penerbangan terkandas dan setengah juta penduduknya terjejas berikutan gangguan
bekalan elektrik.
Lapangan terbang
terbesar Moscow, Domodedovo di selatan bandar raya ini beransur pulih setelah
ditutup selama 12 jam semalam, setelah mengalami gangguan bekalan elektrik,
sementara sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa utamanya, Sheremetyevo
mengalami kelewatan jadual penerbangan yang teruk.
Perdana Menteri,
Vladimir Putin mengarahkan Menteri Situasi Kecemasan, Sergei Shoigu membuat
‘segalanya yang anda boleh dan mengarahkan setiap unit agar bersiap-sedia untuk
meredakan keadaan di lapangan terbang dan pengangkutan’.
Akhbar-akhbar
melaporkan keadaan huru-hara yang berlaku di negara-negara Eropah pada awal
bulan ini akibat salji tebal, tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa
Rusia menangani krisis itu.
“Ibu negara dan
kawasan persekitarannya ternyata tidak bersedia menghadapi cuaca ini,” kata
akhbar Moskovsky Komsomolets.
Seramai 27 orang
mengalami kecederaan di sini setelah dihempap pokok yang tumbang akibat
dahannya sarat dengan ais.
Putin berkata,
seramai 412,000 penduduk terpaksa bergelap kerana gangguan bekalan elektrik di
Moscow dan beberapa kawasan lain di tengah Rusia meskipun jumlah itu
berkurangan kepada 121,000 orang lewat malam semalam. – AFP
Sumber: Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment