Pages

Penulisan Popular

Sunday, December 26, 2010

8 warga AS maut bas langgar lori

BAS pelancongan remuk teruk selepas berlanggar dengan sebuah lori pasir dekat bandar Aswan, Kaherah semalam.

KAHERAH - Lapan orang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) maut dan 21 yang lain cedera dalam kemalangan bas pelancong dekat bandar Aswan, lapor agensi berita MENA semalam.


Bas yang membawa 37 orang pelancong dalam perjalanan menuju ke kuil Abu Simbel itu berlanggar dengan sebuah lori pasir yang diletakkan di tepi jalan kira-kira 39 kilometer dari Aswan.

Kejadian awal pagi semalam itu turut menyebabkan empat penumpang cedera parah.

Pemandu bas dan pemandu pelancong turut mengalami kecederaan.

Seramai 97 pelancong yang menaiki dua lagi bas tidak mengalami sebarang kemalangan.

Kemalangan kerap berlaku di Mesir kerana keadaan jalan raya yang tidak sempurna dan kekurangan peraturan.

Seramai lapan pelancong Ukraine mati pada bulan lalu apabila sebuah bas yang dinaiki mereka terbalik dekat sebuah resort di Laut Merah. – AFP

Sumber: Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment