Penulisan Popular

Saturday, December 18, 2010

Imarah hijau terbakar

ZAGAZIG 16 Dis, kelmarin pelajar Malaysia yang tinggal di Zagazig dikejutkan dengan berita kebakaran yang membabitkan imarah yang didiami oleh mahasiswi perubatan. Imarah tersebut lebih dikenali dengan Imarah Hijau.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 8.30 pagi ketika siswi-siswi penghuni imarah tersebut bersiap-siap untuk ke kuliah seperti biasa. 

Dilaporkan beberapa orang wakil persatuan pelajar di sini sempat bergegas kesana untuk membantu memadam api sebelum menjadi lebih marak. Hampir 60 orang siswi yang menginap di situ pada waktu kejadian. Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Admin difahamkan sebuah jentera bomba dikejarkan kesana.

Sebab kejadian dikenal pasti berpunca dari litar pintas yang mana tidak dapat menanggung penggunaan tenaga eletrik yang banyak. Difahamkan siswi-siswi di imarah tersebut banyak menggunakan barangan eletrik yang bervoltan tinggi seperti Difayah (pemanas udara), sakhonah (pemanas air dibilik mandi) dan sebagainya.

salam takziah dari pihak admin buat siswi-siswi yang tinggal di Imarah Hijau

1 comment:

  1. Alhamdulillah..
    saya dan penghuni imarah hijau yg lain, mmg semua selamat. tiada sebarang kebakaran yg serius, api sempat dipadamkan awal.
    ramai penghuni imrah hijau tumpang tidur di imarah lain selepas kebakaran tu..
    trauma pun ada, XD

    Rumah saya yg paling bwh di imarah hijau dan paling dekat dgn meter utama elektrik tu,.
    mmg shbt2 tgh bersiap ke kuliah haritu.. waktu kebakaran, mmg dgr letupan dan nampak api tgh menjulang2 tinggi.. asap merebak hgga ke tgkat atas.. kami yg tggl di rumah bwh waktu tu, mmg xdpt lari keluar pun dr pintu rumah, sbb api semakin mara dan letupan meter tu sgt kuat..ahli bait waktu tu dah panjat koridor di belakang nak lompat keluar.. hmm, antara hidup dan mati lah kejadian ni..

    Sempat shbt call ustaz mintak tlg, ustaz ler yg dtg n dok padam api tu sorg2.. sangat bahaya. cam dlm movie lak tgk..

    saya mmg setuju, punca meter utama tu meletup disebabkan over volt elektrik yg digunakan oleh penghuni imarah time tu.. saya br tanya kwn2, xsemua rumah ada difayah, n rumah yg pasang sarkonah pun baru beberapa buah rumah sj..

    tapi, saya mmg sgt teruji dgn sikap baba kami di imarah hijau.. waktu pemasangan wire elektrik dan meter di imarah tu sblm tu, sangat cepat siapnya! kalau kat Msia mustahil sgt lah boleh siap secepat tu.. saya khuatir dgn sikap org Arab ni, cuai dan ambil mudah semua benda yg depa buat.. rasa saya,
    MUNGKIN XKUALITI 'WIRING'NYA dan METER YG DIPASANG TU XMENCUKUPI UTK MENAMPUNG PGUNAAN ELEKTRIK DI IMARAH..

    Syukur, semoga kejadian tempoh hari.. membuka mata semua.. TIP keselamatan antr kita mahasiswa Msia perlu ditingkatkan. wallahu a'lam

    ReplyDelete