Penulisan Popular

Saturday, December 18, 2010

Nak tolong orang pun ada caranya

Nak tolong ke? Nak apa? (ada udang di sebalik mee)

Dah lama tak pulang ke kampung halamanku,Alhamdulillah dapat meneruskan perjuangan di sini pula. Tapi ada pulak berita yang tidak menyenangkan telinga bila didengari.

Nak tau pasai apa? Pasai seorang ikhwah ni,menyebabkan nama satu DPM ini buruk dipandangan ahli,padahal dia punca masalah. Takpa-takpa,dengar dulu citer ni pastu nilai sama-sama.

Ada satu hari ni,seorang ikhwah yang baik orangnya. Masalahnya dia masuk rumah akhawat medic sini dari Zohor sampai Maghrib. Apa dia buat? Jangan pikir lain ok.

Bila time Maghrib tu,kebetulan bertembung dengan pengerusi DPM ni dan beberapa orang lainnya. Bila ditanya buat apa dekat rumah akhawat tu,jawapnya tolong repair mesin air rumah tu, dari Zohor sampai Maghrib.

Haha…mesti teruk rosaknya tu,dari Zohor sampai Maghrib tu. Pergh…lama giler. Tapi tak kan tak tahu langsung pasal ketetapan HISBAH. Nak kata budak baru,dah lama dah duduk muhafazah tu,dah nak balik dah pun.

Yang part menariknya, apabila cuba ditanya keadaan tersebut,jawapannya dengan bahasa yang agak kurang best la. Maybe ada orang boleh terima bahasa begitu dan yang tidak boleh terima. So diberilah nasihat dengan cara yang sama dengan jawapan dia tu.

Tiba-tiba suasana jadi tegang pulak dengan pembelaan dari akhawat rumah tu. Bermati-matianlah membela si ikhwah ni. Pulak dah. Inilah masalah,tidak memahami keadaan. Ikutlah ketetapan HISBAH buat. Tujuan buat tu agak-agak untuk apa? Untuk jaga kesejahteraan semua,ikhwah mahupun akhawat.

“Aku tolong diorang ni bukan aku mintak upah pun,aku ikhlas je tolong diorang”. Ujar beliau. Hahaha..

Lawak je ana dengar ayat tu. Ayat tu sepatutnya layak digunakan oleh AJKT DPM tu je. Ke ada orang ingat AJKT dapat elaun per/month? Sori la yop. Nak dapat duit mana bagi elaun kat diorang. Semua diorang pakai “DUIT SUMBANGAN” tau.

Nak tau dari sapa? Tu “En. BANK AHLY” tu, bagi je kad HSBC pastu keluar la LE 500.00,duit tu la makan diorang,beli kitab,teksi kalau nak cepat,sewa rumah lagi,belanja hampa lagi. Pastu ada diorang bising diorang habis banyak duit untuk korang? So tak payah la nak kata hampa banyak berkorban,diorang lagi banyak berkorban untuk kita.

Sambung balik citer tadi. Ada satu benda pelik yang berlaku. Salah seorang yang datang tadi ni nak try masuk dalam rumah tu,nak check betul ke tak apa yang dia kata. Kot-kot la ada benda lain kan. Tapi sungguh-sungguh dihalang oleh akhawat sorang ni. Aik... Bertambah pelik rasanya. Kalau betul repair mesin pam air tu,apa masalahnya nak masuk tengok dalam,tapi beria-ria dihalang.

Kalau korang la kan,apa korang pikir? Hahaha….

Macam ni,apa yang hampa paham pasal DPM? DPM menjaga semua ahlinya dari segala sudut,hatta masalah kecil-kecil pun DPM insyaAllah boleh tolong,why not tak bagitau je pada DPM yang rumah tu ada masalah mesin ke,apa ke,boleh tolong insyaAllah. Tapi kalau nak guna khidmat lain pun tak da masalah,cuma bagi makluman pada pengerusi DPM. Tak kan maklum pun tak boleh.

“Ala,buat ape nak susah-susah maklum,buat sendiri pun boleh”. Orang yang berfikiran yang macam ni lah yang paling bermasalah. Kalau jadi apa-apa yang tidak dijangka-jangka (apa-apalah yang boleh membahayakan dan tidak diingini),amacam? Amnu daulah akan salahkan sapa? Ikhwah tu ke @ DPM ? Amnu daulah bagi DPM kuasa bagi memastikan segala permasalahan pelajar Malaysia terjaga.

So kesimpulannya apa? DPM menaungi semua anak Malaysia dekat muhafazah,so bagilah kepercayaan kepada DPM. Jangan pandai-pandai sendiri nak buat keputusan,ada masalah bagitau je pada DPM. DPM tak pernah pun mintak dibayar usaha diorang,kesian kat AJKT DPM,tapi nak buat macam mane,dah orang bagi amanah,terima dan terus berusaha yang terbaik.

Citer tadi tu ana tinggalkan ia tergantung pasal maklumat tak habis. Saje nak kongsi dengan korang apa yang ana nampak dalam masalah ni.

Kalau salah fakta bagitau ana,ana boleh perbetulkan. Nama lagi manusia,pasti ada silapnya… ok,salam maju jaya.

adaptasi : Ibnu Hj Adam

No comments:

Post a Comment