Penulisan Popular

Saturday, December 18, 2010

hati-hati penipuan duit palsu..


 
Assalamualaikum w.b.t.. perhatian kepada semua warga Zagazig, ketika kalian semua membeli barangan keperluan atau apa-apa aja perhatikan betul-betul wang yang kalian gunakan dan wang yang akan kalian perolehi. Adakah asli ataupun palsu atau hanya sekadar wang yang difotostat. 
 
Baru-baru ini, 2 orang mahasiswa kita (dari Dumyat la) mendapat wang kertas bernilai LE 100 palsu kelihatan seperti difotostat menggunakan warna yang sama.

Perhatikan pada gambar diatas ,terdapat beberapa perbezaan pada wang tersebut, antaranya tanda kilat pada wang tersebut terletak pada sebelah kanan dan yang asli adalah sebelah kiri,kertas yang digunakan pada wang tersebut berlainan dengan kertas wang yang asli

Sebar-sebarkan, janganlah kita tertipu sesungguhnya LE 100 itu besar nilainya, sewa rumah pun lepas. kuang3x

No comments:

Post a Comment