Pages

Penulisan Popular

Saturday, December 18, 2010

Piliharaya tahunan PCZ 2010 hangat dan meriah


ZAGAZIG 18 Dis. Bermula kelmarin pembelian borang pencalonan telah dibuka untuk semua ahli matang (tahun 2 ke atas) Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ) bagi mengambil bahagian dalam pilihanraya merebut 21 kerusi ikhwah dan akhawat.

Dua kerusi masing-masing untuk dipertandingkan bagi jawatan Pengerusi (ikhwah) dan Timbalan Pengerusi II (akhawat). Manakala kerusi selebihnya dipertandingkan untuk mengisi jawatan Ahli Jawatankuasa Tabdir (AJKT).

Kelayakan untuk menyertai pilihanraya ini dinilai dari sudut kematangan iaitu sekurang-kurangnya melebihi setahun menjadi ahli PCZ. Antara syarat yang ditetapkan untuk mencalon dan dicalonkan hendaklah menjelaskan yuran keahlian PCZ terlebih dahulu. Seramai 300 orang ahli PCZ yang layak mengundi untuk kali ini telah dikenal pasti.

Menurut maklumat yang diterima, pilihanraya tahun ini cukup hangat kerana ramai ahli yang berkaliber serta berpengalaman dalam mengurustadbir persatuan mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini.

Pilihanraya kali ini dijadualkan akan berlangsung di markaz pelajar Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dewan Darul Wehdah.  

Pilihanraya kali ini dijangka lebih meriah kerana desas-desus yang diterima bahawa setiap calon yang bertanding akan membawa slogan dan manifesto masing-masing dalam usaha untuk menambat hati ahli umum.

Harapan ahli di peringkat akar umbi agar kepimpinan yang akan mengepalai bahtera PCZ lebih mementingkan aspek kerohanian dan keagamaan serta professional dalam kepimpinan yang dibawa.

Menurut seorang ahli yang sempat ditemubual, katanya “inilah peluang untuk kita mengemukakan cadangan dan mengubah corak pembawakan dan pentadbiran pada setiap tahun”. Tambah beliau lagi, yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, harapannya “pada 28 Disember ini tiada seorang ahli pun yang terkecuali dalam proses membuang undi pada hari tersebut”

Pilihanraya ini cukup penting malah ianya menjadi suatu kewajiban bagi menentukan halatuju serta pembawakan PCZ untuk masa akan datang.

No comments:

Post a Comment