Penulisan Popular

Sunday, December 19, 2010

Belajar tinggi-tinggi, pandir bertingkat-tingkat... Siri 1




Maaf la kalau posting kali ini tegang sikit. Aku dh lama simpan, hari ni aku nk letupkan mudah-mudahan ia menjadi satu ledakkan yang kuat ditengah-tengah rumpung melayu di sini.

Hairan betul la aku bdak2 ni, nak kata dak mumayiz tapi dah besar panjang. Nak kata masih budak2 lagi entah la, tapi klau tengok fizikal dah macam boleh nikah dah. Entah lah, mungkin mental bersaiz ‘S’. 

Posting kali ini aku nak cerita pasai duit belanja dan insyaAllah posting lepas ini aku cerita pasai bodoh sombong pulak. 

Duit belanja..

Maaf la ingat-ingat lupa. Kalau dak salah aku la semasa belajar kat skolah dulu, kalau sorang tu dak pandai menguruskan wang, depa tu tak boleh bagi duit banyak-banyak. Takut kena tipu bila depa dok belanja. 

Jangan terlalu mudah menyerahkan duit kita kepada pak arab walau se-rubo’ pun kerana ia memberi kesan yang sangat buruk kepada semua mahasiswa lain. Persepsi masyarakat arab la ni kepada kita pelajar malaysia seperti boleh diperlekeh dan dipermainkan.

Usah peduli apa alasan sekalipun yang diberikan oleh pak arab (baba) kepada hangpa.. semua itu untuk menipu dan memperdayakan hangpa ja. Tersangat-sangat jarang dalam soal harta atau duit keuntungan berpihak kepada kita ketika bermuamalat dengan warga arab.  

Baru-baru ni aku dengar cerita ada pelajar kita yang selamba badak ja memberi 10 ribu genih kepada tuan rumah atas alasan untuk menyiapkan rumah. Gila pa? Mana kebijaksanaan akal hangpa yang dikurniakan oleh Allah swt, adakah hanya digunakan untuk menipu dan berfikir untuk mencipta alasan mengelak dari dicekup oleh Hisbah ja. Dan bukan untuk mempertahankan hak seperti dalam situasi yang hangpa hadapi tu? Adakah hangpa berkongsi saham dengan baba untuk menyiapkan imarah dia (baba)?. Tidak pernah berlaku dalam dunia, rumah yang kita hendak sewa, kita yang kena siapkan rumah tersebut. Btui dak? 

Kalau terpaksa sangat pun rujukla dulu ustz-ustaz yang ada. Mungkin mereka ada idea dan boleh membantu. Janganlah kita membuat keputusan mengikut otak sempit kita tuu.. pandangan orang ramai dan orang lama teramat penting kepada kita menjalani kehidupan di sini.

Ada satu lagi jenis glongan yang harta mereka dak tahu nak salur kat mna. Tambang teksi orang lain bayar 2/3 genih ja, tapi dia melebihi kadar biasa. Mereka seolah-olah disihir ikut jer pemandu teksi tu cakap berapa, gejala ini perlu dielak. Klu dh banyak sangat duit tu bagi lah kat DPM ke atau PCZ biar depa tu wat kenduri bleh makan ramai2.Ngeh3. Hangpa duk bagi kat ammu teksi wat pa..pening2.

Satu lgi aku nk habaq hangpa.. hangpa tolong kaji balik brapa duit yang hangpa dok bayar AQ dlu sebelum mai mesir. Aku pun AQ jgk tapi aku nk ajak hangpa pikir dan kaji semula dimanakah perlunya bayar jumlah wang sebanyak tu.(RMxxxx). Hangpa penah tanya dak depa salurkan duit tu kemana? Guna untuk apa. Berani tanya??  

Itu situasi kita selaku budak medic, hangpa penah piker situasi budak azhar tak? Ya, aku tahu dan aku tak naïf yuran budak medic mahal tapi yang aku tak puas hati AQ amek untung lebih. Dulu-dulu ada la jgak aku dok kaji ngan ahli bait aku, bila kira-kira balik sorang pelajar AQ boleh untung hampir 5 ribu genih tu. 

Bdak2 azhar depa suma tu  bukan mai sendiri pun, ada jg badan yang uruskan dan ada jg travel yg uruskan depa. Tapi dak la semahal AQ ambil. dak silap aku RM3000 ja dah lepas mai mesir. 

Inilah soalnya kepandiran mahasiswa/wi kita menguruskan wang dan perbelanjaan harian

No comments:

Post a Comment