Penulisan Popular

Sunday, December 19, 2010

Belajar tinggi-tinggi, pandir bertingkat-tingkat... Siri 2

Sekadar hiasan

Untuk siri kedua ini aku nak bincang ngan korang pasai "Mentaliti umat subsidi".....

Apakah maksud subsidi tu ek..? Aku pun tak pasti gak tak sempat buka kamus. Tapi salah satu dari ribuan watak-watak mereka yang boleh aku sampaikan ialah...

Tunggu orang bagi jer. Nak mengharapkan usaha sendiri hampesss… terutama dalam bab makan/jamuan

Senang cerita inilah maknanya “Dimana ada makan-makan ada jer muka dia, dimana ada muka dia disitulah ada makan-makan”. Oppss.. telebih sudaaaah. 

DPM & Perubatan susah-susah merancang tuk buat kelas tafaquh fiddin dan program-program lain sebagainya tuk mereka. Tapi sempat lagi mereka bertanya “ada makan-makan tak”? adoii umat melayu… weh tolong laa DPM & Perubatan bukan kantin sekolah atau kedai kopi laa.. 

Kehadiran ahli kelas pengajian dan program-program lainnya cukup menyedihkan. Jika majlis makan-makan buatlah pukul berapa pun mereka tetap hadir dan mewujudkan diri. 

Ada satu lagi spesis manusia 'orang asli' duk berperak dalam rumah, taksuka bermasyarakat dan ziarah mezniarahi atau ikut program. spesis ni paling teruk sebab program atau kelas pengajian tak hadir majlis makan-makan tak kelihatan..  apa nak jadi ngan bdak2 zaman sekarang ni..

Inilah yang dikatakan minda atau mentaliti umat subsidi.. tunggu orang datang dan menyuapkan makanan dalam mulut dia jer..

Budaya seumpama ini tidak patut kita amalkan. Kelas pengajian dan program anjuran persatuan cukup penting untuk kita hadir mengambil mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman guna sebagai bekalan ketika pulang ke tanah air nanti. Dah yang lebih penting ilmu-ilmu yang dikutip itu boleh menjadi teman akrab ketika kita bersendirian di dalam kubur besok…

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment