Penulisan Popular

Monday, December 20, 2010

Intikhabat PCZ..per cerita?


Apa kebenda plak ittikhabat PCZ ni..

Intikhabat diambil daripada bahasa arab, dalam bahasa Melayu intikhabat tu maksudnya PILIHANRAYA la.. saja guna bahasa arab, first class ckit, kan bahasa arab tu bahasa Syurga. Betul bahasa inggeris no.1 di dunia, tetapi bahasa yang paling mulia di dunia adalah bahasa Arab.

Imam Hassan al-banna pun ada berpesan: Kalian berusahalah bersungguh-sungguh untuk belajar dan  bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

Ada juga ahli yang membangkitkan isu harga borang terlalu mahal LE5. Bagi saya LE5 tu tak la mahal sangat. Kiranya pun duit tersebut masuk kat tabung PCZ juga. Saya rasa kalau ada ahli yang bangkit isu 5 genih ini sebenarnya dia (ahli tersebut) tidak layak menjadi AJKT. Sebab setiap AJKT akan berhabis duit poket sendiri beratus-ratus perbulan untuk ahli. Tanya la bekas-bekas AJKT berapa banyak mereka sumbang dan mengorbankan duit poket sendiri untuk persatuan. Bukan mereka tidak pandai mengurus perbelanjaan. Tetapi semangat pengorbanan dan sayang mereka kepada persatuan dan ahli sukar untuk dinafikan.. selamilah jiwa seorang AJKT...

Berbalik kepada topik perbincangan asal.. begini sebenarnya, sekarang ni tengah rancak berkempen bagi calon-calon yang bertanding untuk meraih sokongan undi ahli diperingkat masing-masing sebelum tiba tarikh keramat 28 Dis ini hari membuang undi. Intikhabat PCZ kali ini cukup kuat menduga kebijaksaan ahli dalam memilih kerana individu-individu yang dicalonkan cukup berkarisma dan berkaliber serta berwibawa.

Kelmarin telah keluar senarai calon-calon yang akan bertanding. Sila rujuk dekat laman blog JPC. Saya sentiasa mengikut perkembangan dari blog tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini.

Mengikut pengamatan saya isu yang diperbincangkan oleh ramai ahli tertumpu pada jawatan terpenting dalam organisasi PCZ iaitu jawatan Pengerusi.

Tahun ini kita ada dua orang calon pengerusi yang cukup istimewa dan berkaliber. Seorang bernama MOHD BUKHARI MUSLIM BIN MOHD NADZIM (Tahun 3) dan seorang lagi bernama MUHAMMAD SYAZWAN BIN. MOHD NOR (Tahun 5).

Masing-masing pada kedua-dua calon ini mempunyai tarikan dan karisma tersendiri.

Dalam posting ini saya tidak mahu berceloteh panjang. Pada pandangan saya walaupun nampak kedua-dua orang calon tadi layak menjadi Pengerusi. Tapi hakikatnya tidak boleh, mesti salah seorang akan menang dan seorang lagi kalah dan tertolak. Mana boleh ada dua orang nakhoda dalam sebuah bahtera, huru-hara pulak jadinya nanti. 

Mungkin kalian rasa bingung untuk memilih dan merasa bimbang apabila tersalah pilih nanti. So.. saya ada beberapa cadangan, mudah-mudahan ia memberi sedikit kejernihan dan pencerahan kepada kalian. Saya akan bawa kalian kepada dua sudut perbincangan. Satu sudut pertama mewakili diri dan perwatakan Dr. Bukhari dan satu sudut lagi mewakili diri dan perwatakkan Dr. Syazwan.

Mengikut kajian saya, secara pastinya perwatakkan yang ada pada Dr. Bukhari tak akan wujud pada sosok tubuh bernama Dr. Syazwan dan begitulah sebaliknya.  

Apakah perwatakkan yang dimaksudkan itu?..............

1.       Dr. Bukhari         : Berjiwa rakyat

Sikap berjiwa rakyat ini tidak ada pada Dr. Syazwan ini berdasarkan pandangan mata saya (sekadar pandangan). Mungkin orang lain boleh kata sikap ini ada juga pada Dr. Syazwan. Pun begitu saya yakin dan percaya tidaklah sekuat, sehebat dan meluas seperti Dr. Bukhari.

Ada juga pendapat mengatakan Dr. Bukhari tidak boleh masuk dengan semua ahli.. betul ke dakwaan ini atau ahli tersebut tidak boleh masuk dengan Dr. Bukhari atas ketegas beliau dalam soal agama?

2.       Dr. Syazwan       : Senioriti

Dalam bab senioriti ini memang semua maklum Dr. Bukhari tidak dapat menandingi Dr Syazwan. Tetapi maksud saya disini ialah pengalaman bukan senioriti semata-mata. Saya rasa kedua-dua mereka ini saling tak kurang dari sudut pengalaman.

Payah betul.. nak pilih yang mana satu ni.. sebaiknya sebelum kalian keluar untuk pergi mengudi tu buat  la solat istikharah.

Sedikit teguran agama dalam memilih pemimpin

Mungkin kita terlupa kepada rujukan utama dalam agama kita iaitu Kitab Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.

Sebelum kita membina dan mempercayai teori-teori di atas sayugianya terlebih dahulu merujuk kepada panduan dan saranan Al-Quran dalam memilih pemimpin.

Sebuah pentadbiran yang didasari Al-Qurang dan As-Sunnah insyaAllah akan selamat dunia dan akhirat kerana kitab Al-Quran ini adalah 100% daripada Allah, yang diturunkan melalui perantaraan Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam Islam, menjadi pemimpin bukan perkara yang mudah. Mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan. Antara syarat mutlak seorang pemimpin dalam Islam adalah muslim, laki-laki, baligh, berakal, merdeka, adil, dan berkemampuan. Syarat tambahan — termasuk syarat afdholiyah (keutamaan) adalah penduduk Quraisy dan mujtahid (Syaikh Abdul Qadim Zallum dalam kitab Nidham al-Hukmi fil Islami).

Setakat ilmu agama yang saya belajar hendaklah bagi seorang yang akan dilantik menjadi pemimpin itu orang yang faqih tetang agama. Sebagaimana Sayyidina Umar ada berpesan:

تفقهوا قبل أن تسودوا

Hendaklah kamu mendalami ilmu (agama) sebelum dilantik menjadi pemimpin.
(Ibn Abu Shaybah, Kitab al-Musannaf, jil. 8, hal. 540)

Ini menunjukkan bahawa persediaan dari segi ilmu juga tidak boleh diabaikan oleh calon pimimpin. Selain dari ilmu fardu ‘ain, ilmu lain yang ditekan termasuklah psikologi, kemasyarakatan, kesihatan, pengurusan dan sebagainya.

So .. faktor agama mestilah diambilkira dan biarlah ia menjadi tunggak utama dalam perbincangan kita dalam memilih dan melantik kepimpinan.

Ada seorang ustaz menyarankan kepada saya meletakkan ungkapan Ust Din Tantawi sebagai penutup posting ini:

“Memerintah, mentadbir dan mengurus manusia serta Negara, tidak hanya terhenti di atas kemahiran dan kepakaran serta pengalaman tetapi mestilah juga berpaksi di atas kefahaman dan kepatuhan serta ketundukan kepada syariat Allah swt”.


No comments:

Post a Comment